Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MUDA Bakal Atasi PKR?

Apakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersilap langkah mempercayai Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Azmin Jumpa Ahli Parlimen...

PUTRAJAYA - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan...

Tawar Khidmat Seks Kepada...

KUALA LUMPUR - Seorang Instafamous yang dikenali sebagai “Papaicici” dijatuhi hukuman denda RM3,000...

Aplikasi MeterOn Beri Anggaran...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melancarkan aplikasi telefon pintar...

Turap Semula Jalan Raya Lepas Kerja Pembaikan

PUTRAJAYA – Pihak yang melakukan kerja pembaikan dan penyelenggaraan di jalan raya di sekitar Kuala Lumpur bertanggungjawab menurapkannya kembali supaya tidak membahayakan pengguna, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata sesetengah pihak menuding jari kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai tidak bertanggungjawab terhadap masalah jalan berlubang di sekitar Kuala Lumpur.

“Kita dah beritahu kepada agensi-agensi tersebut, apabila dia gali dia mesti turap semula, kadang-kadang mereka biarkan,” katanya, sambil menambah antara agensi yang terbabit ialah Tenaga Nasional, Telekom Malaysia dan Syarikat Bekalan Air Selangor.

Tengku Adnan mengulas tindakan gabungan pelbagai kelab permotoran negara yang dikenali sebagai Ikatan Silaturrahim Brotherhood menurap sendiri jalan berlubang di sekitar ibu kota kerana mendakwa pihak berkuasa tempatan enggan melaksanakan tugas tersebut.


Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada wakil-wakil daripada sekolah rendah di Putrajaya di sini hari ini, beliau berkata gabungan itu telah dimaklumkan supaya tidak melakukan kerja-kerja penurapan jalan.

“Kita telah minta mereka tak payah lakukan dan kita akan laksanakan. Walau bagaimanapun dia nak buat, dia nak buat sensasi … ada pihak yang ‘spin’ (putar-belit) seperti DBKL tidak buat kerja,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=IVrHxFbrBu8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori