Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Turun Naik Ringgit Itu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memantau prestasi ringgit dalam pasaran mata wang...

Video: Pelancong Berjaya Rakam...

MITOS tentang kewujudan makluk aneh berbulu tebal yang digelar Bigfoot sememangnya sering diperkatakan...

Nik Zawawi Diarah Tarik...

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

1MDB: Saksi Kontak Rapat...

KUALA LUMPUR - Kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib...

Permintaan Juruterbang QZ8501 Untuk Terbang Lebih Tinggi Ditolak

Permintaan juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 untuk terbang lebih tinggi pada ketinggian 38,000 kaki telah ditolak oleh pihak kawalan trafik udara (ATC).

Menurut Pengarah Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB), Djoko Murjatmodjo, pesawat itu terbang pada ketinggian 32,000 ke kiri, dan mahu mendaki ke 38,000 kaki.

“Tetapi untuk naik ke 38,000 kaki, belum diizinkan kerana di atasnya masih ada pesawat,” kata beliau.

MENARIK – 7 Kapal Dikerah Cari Pesawat AirAsia QZ8501

Pada awalnya, Murjatmodjo berkata, juruterbang sempat meminta kebenaran untuk belok ke kiri untuk mengelak awan ia dibenarkan, namun selepas itu permintaan juruterbang untuk naik ke lebih tinggi telah ditolak.

“Dari lokasi, berdasarkan radar cuaca, keadaannya memang tidak bagus. Ada awan comulonimbus (CB),” katanya.

Pesawat berkenaan semalam terputus hubungan dengan ATC sejurus selepas permintaan untuk terbang lebih tinggi itu dibuat.


Menurut pihak berkuasa Indonesia, berdasarkan waktu ia terputus hubungan, pesawat itu mungkin berada di sekitar wilayah Tanjung Pandan, Bangka Belitung dan Pontianak.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang termasuk tujuh anak kapal dan ia diterbangkan oleh Kapten Iriyanto yang memiliki pengalaman penerbangan melebihi 6,000 jam. – MYNEWSHUB.CC

Video Sidang Media Indonesia Berkaitan Kehilangang Pesawat QZ8501 

http://youtu.be/ur5IGhEuwag

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori