Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Elaun Anggota, Pegawai Rela...

SERDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan elaun anggota...

Kaki Judi Beralih Ke...

KUALA LUMPUR - Kaki judi kini beralih ke ruang pejabat dan apartmen untuk...

Wanita Tak Malu, Puaskan...

AKIBAT gagal mengawal nafsu, seorang wanita tanpa rasa malu telah dirakamkan memuaskan dirinya...

MKT UMNO Bakal Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka mengadakan mesyuarat khas malam...

Persatuan Belia Islam Nasional Kecam ‘Occupy UM’

KUALA LUMPUR – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Universiti Malaya (UM) menyifatkan sekumpulan pelajar universiti itu melancarakan gerakan ‘Occupy UM’ sebagai agen dan boneka golongan liberalisme.

Biro Media dan Penerangan Pembina UM dalam satu kenyataan menegaskan, pelajar terbabit menjadi boneka golongan liberalisme secara halus dengan menggunakan alasan kebebasan akademik.

“Solidariti cuba dilakukan mahasiswa terbabit bagi menuntut keadilan ke atas lapan pelajar yang dihukum dengan melakukan bantahan yang diberi nama Occupy UM.

“Apa yang dapat dilihat, mereka telah memberi ruang kepada segelintir tokoh-tokoh liberal untuk memberi ucapan dan menunjukkan sokongan terhadap bantahan itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh wakil Pembina UM, Nurul Ain Abdullah dan Nashrul Izwan Abdul Aziz.


Biro Media dan Penerangan Pembina UM turut mengkritik penganjur `occupy UM’ kerana melaungkan slogan ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œMahasiswa MerdekaƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā.

Menurutnya, perjuangan demokratik liberal mengangkat hak asasi manusia dengan melancarkan agenda-agenda berselindung dikhuatiri akan menghapuskan nilaiƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“nilai Islam dalam perlembagaan negara.

“Salah satu senjata mereka adalah mengibarkan panji hak kebebasan bersuara yang kini semakin berkembang dalam jiwa mahasiswa melalui hak kebebasan berakademik,” kata kenyataan itu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori