Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pecah Rekod Terbesar 42,200...

MINA - Hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi menyaksikan jumlah...

Saya Dan Bantuan Pelarian...

SAYA Thaqib, seorang pelajar Malaysia jurusan Master di dalam bidang Perhubungan Antarabangsa di salah...

Hierro Akui Benteng La...

KALININGRAD - Pengendali Sepanyol, Fernando Hierro berkata pasukannya harus bertahan dengan lebih baik...

Undang-Undang Kekang Berita Palsu...

KUALA LUMPUR - Penggubalan undang-undang mengekang berita palsu bertujuan melindungi kepentingan seluruh rakyat...

Persatuan India Cadang Tony Fernandes Uruskan MAS

KUALA LUMPUR – Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) meminta kerajaan menyerahkan syarikat penerbangan Malaysia (MAS) kepada Pengarah dan Ketgua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Dr.Tony Fernandes.

Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan berkata,. pihaknya percaya Tony dapat memperbaiki pengurusan dan pengendalian syarikat penerbangan itu dengan baik selepas mengalami kerugian jutaan ringgit setiap tahun.

“MIPAS mencadangkan agar menberi kepercayaan kepada Tony untuk menguruskan pentadbiran MAS selama 3 tahun dan biar kita lihat hasilnya.

“Jika dalam tempoh tiga tahun tiada prestasi yang cemerlang maka kita tidak akan kehilangan apa jua kerana selama ini pun graf prestasi keuntungan MAS yang menunjukkan tanda negatif,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Barathidasan dalam pada itu mendakwa parti itu berasa kesal dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Malaysia bodoh kerana tidak tahu menguruskan MAS.


Beliau berkata, kenyataan itu tidak benar kerana ramai rakyat Malaysia berjaya dan mencapai prestasi cemerlang di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang kemajuan dan pembangunan seperti Tony.

Mahathir sebenarnya berkata demikian bagi menyindir keputusan Khazanah Nasional Berhad melantik Chistoper R Mueller seorang tokoh korporat Jerman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS berkuat kuasa 1 Januari ini.-MYNEWSHUB

VIDEO: Tony Fernandes: The story of Air Asia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori