Syarikat penerbangan Air Asia melaporkan pesawat QZ 8501 dari Surabaya ke Singapura hilang dari pantauan radar kira-kira pukul 7.24 pagi tadi.
Menurut laman Facebook syarikat penerbangan itu, pesawat berkenaan merupakan milik syarikat AirAsia Indonesia.
Pesawat berkenaan merupakan jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.
MENARIK – AirAsia Tawar Khidmat Hantar Bantuan Percuma
“Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan Air Asia memberikan kerjasama dan segala bantuan yang diperlukan untuk operasi berkenaan,” katanya.
Syarikat AirAsia sudah pun mewujudkan Pusat Panggilan Kecemasan untuk ahli keluarga dan rakan mereka yang mungkin berada dalam pesawat itu.
“AirAsia akan memberikan maklumat terkini sebaik perkembangan terbaru diketahui,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
BERITA LANJUT MENYUSUL