Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MOTAC Akan Terbitkan Edisi...

KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia akan menerbitkan edisi terbaru majalah berbasikal yang pernah diterbitkan...

Imigresen Kedah Tahan 19...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Unit Skuba Digerak Bantu...

MARANG - Unit penyelam mula digerakkan dalam usaha mencari dan menyelamat dua pemancing...

Kenapa Pulak Keputusan Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Mengapa kerap ada nada-nada menyindir kerajaan terhadap hukuman yang diputuskan...

Pesawat Penerbangan QZ8501 Digunakan Sejak Oktober 2008

Pesawat jenis Airbus A320 dengan Nombor Siri Pembuat 3648 dan didaftar sebagai PK-AXC telah dihantar kepada AirAsia untuk kegunaan sejak Oktober tahun 2008, demikian penjelasan dalam kenyataan pihak Airbus.

Menurut rekod syarikat berkenaan, ia digerakan dengan enjin jenis CFM 56-5B dan mempunyai masa penerbangan terkumpul selama 23,000 jam.

Secara keseluruhan, ia telah pun melalui 13,600 penerbangan.

“Pada masa ini, tidak ada fakta maklumat lain yang diperolehi,” jelas kenyataan pihak berkenaan.

Dalam pada itu, kenyataan pihak AirAsia pula mengesahkan kapal untuk penerbangan QZ8501 telah melalui penyelengaraan rutin terakhir pada 16 November lalu.

Penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501 dari Singapura ke Surabaya hilang dari pantauan radar kira-kira pukul 7.24 pagi tadi dan sehingga berita ini ditulis pihak Mynewshub pada sebelah petang, ia masih belum ditemui.


Kapal berkenaan membawa 162 penumpang dan anak kapal dengan majoriti mereka adalah pada Indonesia.

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

DISYORKAN BACA:

Spesifikasi Airbus A320 Yang Digunakan Penerbangan QZ8501

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori