Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Halang Penyokong Parti...

KOTA BHARU: Polis mengesan dua kesalahan menerbangkan dron dan bermain alat muzik melibatkan...

Gencatan Senjata Di Yaman...

NEW YORK - Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yaman mengumumkan satu gencatan...

Teksi New York Saman...

PERTELINGKAHAN antara pemandu perkhidmatan Uber dan pemandu teksi komersial di ibu negara kita...

Mangsa Banjir Kekal 262...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka kekal 262 orang setakat pukul 4.00...

Pesawat QZ8501 Mungkin Berada Di Dasar Lautan – Indonesia

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia Bambang Soelistyo percaya pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang berkemungkinan besar kini berada di dasar lautan.

“Berdasarkan koordinat yang diberikan kepada kami dan hasil daripada penelitian tentang lokasi berkemungkinan menjadi tempat terhempas pesawat itu, hipotesisnya kini pesawat itu berada di dasar lautan.

“Itu adalah jangkaan kini, dan ia mungkin berubah berdasarkan keputusan operasi pencarian kami,” katanya dalam satu sidang media pagi ini.

MENARIK – 10 Fakta Berkaitan Pesawat QZ8501 AirAsia Yang Hilang

Soelistyo berkata, Indonesia tidak memiliki peralatan seperti kapal selam yang berkemampuan membawa keluar bangkai pesawat daripada dasar lautan, tetapi kami sedang melihat jika ada negara lain yang boleh membantu.

“Ekoran kekurangan teknologi yang kita ada, saya telah mengaturkan dengan Menteri Luar untuk meminjam daripada negara lain peralatan yang diperlukan, negara itu ialah United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat,” katanya.

LaluanAirAsia_2
Laluan pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura.

Semalam, pesawat QZ8501 jenis Airbus A320-200 hilang dari radar dan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Hubungan terputus sejurus selepas juruterbang Kapten Iriyanto meminta untuk terbang lebih tinggi bagi mengelak cuaca buruk.


Kini, difahamkan Singapura, Malaysia dan Australia sudah pun mengerahkan aset mereka berupa kapal dan pesawat untuk membantu Indonesia mencari pesawat berkenaan yang hilang masuk hari kedua.

Keluarga penumpang pesawat QZ8501 boleh menghubungi talian kecemasan: 021-29270811, 031-8690855, 031-2986790 (Surabaya). – AirAsia Indonesia untuk sebarang pertanyaan berkaitan insiden berkenaan. MYNEWSHUB.CC

Oleh  : IBNU K 

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Video Alat Pengesan Ping Di Dasar Lautan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori