Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Surat Buat 3 PM...

TERBONGKAR... Ketika Pakatan Harapan perbesar imej Tun Mahathir Mohamad konon berjuang isu Palestin,...

Aplikasi Nuklear Dalam Pertanian...

PADANG TERAP - Aplikasi nuklear dalam bidang pertanian terutama dalam penghasilan benih cendawan...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara...

Sokongan Rakyat Sabah Kepada...

KOTA BELUD - Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak yakin sokongan...

Petanda Hari Kehancuran Pakatan Rakyat – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bahawa pelaksanaan hudud oleh PAS lebih penting daripada menang pilihan raya umum (PRU) tanda kepada pengakhiran Pakatan Rakyat.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kenyataan itu juga membawa makna kepada `hari kehancuran’ untuk Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sehubungan itu, katanya, jika PAS meneruskan rancangan pelaksanaan hudud di Kelantan maka tiada makna beliau terus menghadiri mesyuarat Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang tidak dihormati oleh PAS.

“Jika mesyuarat khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mahu meneruskan pelaksanaan hudud walaupun tanpa pengetahuan Jawatankuasa Pusat, maka tiada keperluan saya menghadiri mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat pada masa depan.

“Saya cuma menyerahkan kepada parti untuk menentukan tindakan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Media pagi ini melaporkan Mohd. Amar sebagai berkata, menawan Putrajaya merupakan perkara kedua selepas pelaksanaan hudud.

Beliau dipetik berkata, PAS tidak kisah jika parti dikeluarkan daripada Pakatan Rakyat asalkan matlamat parti Islam itu melaksanakan hudud tercapai.

Menurut Mohd. Amar, PAS mesti melaksanakan hudud dengan apa cara sekalipun walaupun jika ia perlu bekerjasama dengan UMNO.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori