Sesuatu yang pelik berlaku pada final Piala AFF Suzuki di Bukit Jalil malam tadi.
Ramai penyokong yang marah kerana tidak mendapat tempat duduk ketika menyaksikan final pertemuan kedua pasukan Malaysia dan Thailand.
Jika jumlah tiket dijual bersamaan dengan jumlah kerusi, tidak mungkin insiden semalam boleh berlaku.
Saksi memberitahu Mynewshub, mereka mendengar sendiri penyokong Malaysia menjerit marah dengan ada yang berkata; “Kami beli tiket laa…”.
Tambah saksi, ada penyokong yang terpaksa berdiri di kawasan tandas dan tempat penjual air.
Dalam kita mahu menyokong pasukan kita, hak sebagai pembeli tiket pun perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Apakah wujud elemen jual tiket yang terlalu banyak sehingga berlaku limpahan penonton?
Andai perkara ini benar, maka FAM perlu tampil memberikan penerangan mengapa begitu ramai yang membeli tiket tetapi tidak dapat tempat duduk yang sesuai?
Gambar di atas jelas menunjukan begaimana penyokong Malaysia terpaksa berdiri untuk menyaksikan perlawanan malam ini.