Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Adakan Lawatan...

GEORGETOWN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Sweetnya.. Nabila Huda Kongsi...

MAKIN berseri-seri pelakon Nabila Huda sejak kembali bergelar isteri pada Disember lalu. Kebahagiaan jelas...

MBI Peruntuk RM14 Juta...

SEREMBAN - Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan memperuntukkan RM14...

Hampir 500 Tan Metrik...

KUALA LUMPUR - Hampir 500 tan metrik barangan kitar semula dikutip di tujuh...

Piala Suzuki AFF Final Pertama: Fadhli Shas Mohon Maaf

SEPANG – Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Mohamad Fadhli Mohd Shas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana menyebabkan sepakan penalti diberikan kepada Thailand dalam aksi final pertama Piala Suzuki AFF 2014 di Bangkok malam tadi.

Beliau menjatuhkan penyerang Thailand, Adisak Kraisorn di dalam kawasan penalti pada minit ke-71 yang menyebabkan pengadil Kavalenko Valentin menghadiahkan sepakan penalti kepada Thailand yang disempurnakan Charyl Yannic Chappuis.

“Saya ingin minta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana mungkin kesilapan saya telah menyebabkan skuad Malaysia kalah 0-2,” katanya kepada pemberita sejurus skuad Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada 2.17 petang.

Beliau berkata tindakannya ke atas pemain Thailand itu adalah tidak disengajakan dan terjadi secara spontan ketika beliau cuba sedaya upaya mempertahankan benteng Harimau Malaya.

Gol kedua Thailand dijaringkan pada minit ke-82.


Sementara itu penyerang Harimau Malaya, Mohd Amri Yahyah berharap mereka dapat menjaringkan gol di awal permainan pada aksi final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

“Saya harap dengan semua usaha gigih yang ditunjukkan rakan pemain, kita akan dapat menjaringkan gol di awal permainan nanti,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori