Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cadangan Jawatan Tambahan Dalam...

SEREMBAN - Setiausaha Bahagian Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi, menyambut baik...

Isu Najip Ali: Hafiz...

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dilihat cukup terkesan dengan isu kontroversi...

Jumlah Pengundi Yang Tinggi...

ROMPIN - Jumlah pengundi yang tinggi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin penting...

Produk Kosmetik Ambil Masa...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati semasa mahu membeli produk kosmetik...

PKR Sahkan ADUN Inanam Cadang Letak Jawatan?

Grafik Azlan Zamhari

KUALA LUMPUR - PKR lewat Khamis membuat pengakuan kepada umum bahawa ADUN parti tersebut di kawasan Inanam di Sabah, Dr. Roland Chia Ming Shen memang berhasrat hendak meletak jawatan, lapor portal berita AgendaDaily.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataan media turut mengesahkan bahawa beliau sudah pun menerima surat rasmi daripada Roland yang mahu meletak jawatan berikutan masalah kesihatan yang dialaminya agak serius.

“Kami menasihatkan beliau supaya membincangkan perkara tersebut dengan pemimpin parti itu di Sabah apabila pulang dari luar negeri pada hujung tahun ini… dan sehingga itu, status quo di kerusi tersebut masih kekal,” kata Rafizi.

Roland yang juga seorang doktor gigi di Sabah membuat pengumuman secara mengejut menerusi laman sosial Facebook dan Twitter milik peribadinya dalam entri terbaharu semalam dengan memberi alasan kesihatan.

Bagaimanapun keadaan menjadi lebih pelik apabila Rafizi semalam mendakwa tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan akan merujuk kepada PKR Sabah setelah dimaklumkan Roland masih berada di luar negara.

“Saya telah hubungi PKR Sabah dan mereka mengesahkan beliau memang ada masalah kesihatan, tetapi hingga saya dapat bercakap sendiri dengan YB Roland, saya tidak dapat sahkan sama ada itu muktamad,” kata Rafizi pada Rabu.


Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin juga gagal menghubungi ADUN itu namun dimaklumkan pihak PKR Inanam tidak pernah diberitahu isu itu serta mengesyaki akaun laman sosial Roland mungkin digodam orang luar.

Namun jika berita itu sah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersedia dalam tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) pertama tahun 2015 selepas tujuh PRK pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada 2013 lalu.

BN menang 4 kerusi pada PRK sebelum ini iaitu Kuala Besut, Terengganu; Balingian, Sarawak; Teluk Intan, Perak dan Pengkalan Kubor, Kelantan manakala pembangkang kekal di Bukit Gelugor, Pulau Pinang; Kajang, Selangor dan Sungai Limau, Kedah.

Pada PRU lalu, Roland yang kali pertama bertanding, menang kerusi Inanam dengan majoriti 3,202 undi menewaskan calon BN dari komponen Parti Bersatu Sabah, Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Progresif Sabah, Eric Majimbun. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori