KUALA LUMPUR – Gara-gara membat kenyataan berbaur fitnah, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhadapan risiko disaman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rafizi yang juga Naib Presiden PKR memaklumkan, beliau menerima surat memohon penjelasan dari firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi pihak Najib mengenai kenyataannya di dalam video bertajuk ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āKenapa Kita Pertahan Subsidi MinyakĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ.
“Surat seperti ini adalah surat awal sebelum tindakan saman diambil.Video tersebut adalah rakaman sebahagian dari ucapan saya di Bandar Tun Razak pada 22 November 2014 yang lalu yang mempertahankan subsidi minyak sebagai hak rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi dalam nada bongkak bagaimanapun mendakwa beliau sudah menjangkakan akan disaman dan berbangga kerana disaman demi memperjuangkan subsidi rakyat.
Beliau turut memperlekehkan pimpinan kerajaan Pusat kerana tiada pihak daripada kerajaan Persekutuan menyahut seruannya untuk berdebat berhubung subsidi minyak sehingga hari ini. – MYNEWSHUB.CC