Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Lantik Juruperunding Audit Bertauliah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan melantik juruperunding audit bebas bertauliah pada...

Sulawesi Utara Eksport 10,000...

JAKARTA: Wilayah Sulawesi Utara, Indonesia akan mengeksport 10,000 tan minyak kelapa mentah bernilai...

Hakim Tarik Diri Dengar...

PUTRAJAYA : Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menarik diri daripada...

Peguam Tarik Diri Daripada...

SHAH ALAM - Peguam Syazlin Mansor, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,...

Polis Buru Lima Remaja Berselfie Di Loji Nuklear

SAINT PETERSBURG, Rusia –Sekumpulan lima remaja berdepan risiko dihukum penjara selepas menceroboh kawasan loji nuklear di bandar ini dan mengambil gambar secara selfie di atas sebuah menara di dalam loji berkenaan.

Lima remaja tersebut mengambil kesempatan terhadap satu projek pembinaan di loji terbabit untuk menceroboh sebelum memanjat satu menara setinggi 150 meter.

Salah seorang remaja itu, Nikita Agapov berkata, mereka memanjat pagar berkawat di loji berkenaan selepas mendapati tiada pengawal yang berkawal di lokasi itu.

“Kami terus berjalan seperti biasa dan memanjat menara berkenaan untuk merakamkan gambar serta video,” katanya.


Kumpulan remaja itu mengambil beberapa gambar selfie di puncak menara berkenaan sebelum memuat naik gambar tersebut di internet.

Sementara itu, seorang pegawai polis berkata, tindakan kumpulan remaja itu sangat bahaya dan mereka boleh dihukum penjara sekiranya ditangkap pihak berkuasa. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori