KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki berusia 38 tahun bagi membantu satu siasatan kes jenayah.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan memberitahu, lelaki itu dikenali sebagai Sum Long Wai dan beralamat terakhir di Seri Kembangan, Selangor.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 sambungan 706,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, maklumat boleh juga disalurkan kepada Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ditalian 03-2146 0584/585.
Maklumat boleh juga disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur (Rakan Cop) talian 03-2115 9999 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 32728.