Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kementerian Tidak Tentukan Bahan...

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Tinggi tidak menentukan bahan bacaan yang digunakan penuntut-penuntut...

Kami Sokong Turun Caj...

PETALING JAYA - Syarikat telekomunikasi tempatan menyatakan sokongan terhadap seruan kerajaan untuk menyediakan...

Buat Laporan Polis Ucapan...

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan...

Syarikat Malaysia Perlu Terus...

KUALA LUMPUR - Syarikat Malaysia perlu terus meneroka usaha sama di Filipina,...

Polis Kelantan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penyebar Fitnah

KOTA BAHARU – Hanya sembilan kematian dan empat kehilangan direkod dalam kejadian banjir di Kelantan sejak 17 Dis lalu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Oleh itu beliau menafikan laporan di media sosial mengenai angka kematian yang tinggi dan akan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak terbabit mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Katanya kes kematian membabitkan mangsa di Kota Baharu ialah tiga orang, Pasir Mas (empat, satu hilang), Tumpat (dua) dan Kuala Krai (tiga hilang yang kesemua berumur antara 1 tahun hingga 60 tahun.

Beliau berkata tiada tangkapan dibuat terhadap penyebar fitnah itu tetapi pihaknya telah mempunyai bukti pihak yang bertanggungjawab.


Mazlan berkata lapan pasukan rondaan juga telah ditubuhkan bagi memantau kegiatan jenayah semasa musim banjir yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng.

“Setakat ini belum ada laporan pecah masuk rumah dan kita yakin akan ada laporan selepas banjir,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori