Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US pagi ini kerana...

Usah Polemikkan Hukuman Sebat...

TUMPAT - Usah wujudkan polemik yang tidak munasabah dan tidak masuk akal berhubung...

20 Hari ‘Bertarung Nyawa’

KUALA LUMPUR - "Sepanjang hidup saya takkan lupakan malam 1 Mei lalu. Malam...

Pentadbiran Najib Lebih Bersikap...

PUTRAJAYA - Kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan...

Polis Melaka Rampas Dadah Bernilai Lebih RM40,000

ALOR GAJAH – Polis menahan dua lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM40,000 di Simpang Ampat d sini, pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata suspek yang berumur 29 dan 31 tahun masing-masing bekerja sebagai pekerja kilang dan pekerja bengkel kereta ditahan ketika sedang mengisi minyak motosikal mereka di sebuah stesen minyak di sini.

Katanya hasil pemeriksaan polis terhadap suspek pertama berusia 29 tahun itu menemui 32.99g syabu dan 30 biji pil eramin 5, manakala pada suspek kedua berusia 31 tahun polis menemui 37.34 gram disyaki heroin, 4.49 gram syabu dan 30 biji pil eramin 5.

“Selain dadah itu kita juga merampas wang tunai berjumlah RM18,980 dipercayai hasil jualan dadah dan motosikal mereka turut disita pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Urusan jual beli terakhir dipercayai dilakukan mereka di stesen minyak itu sebelum ditahan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Muhammad Ismail berkata semua suspek dipercayai bergerak aktif menjual dadah di sekitar negeri ini sejak tiga hingga empat hari lepas dan memperoleh bekalan dadah itu di Muar, Johor.


“Ujian saringan urin yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pelanggan suspek yang dipercayai mendapatkan bekalan untuk kegunaan diri sendiri sekitar Alor Gajah.

Katanya kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=6qURWHu1IIk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori