Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

MOSTI Sokong Usaha Baik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyokong penuh hasrat kerajaan...

Rahsia Surah Al-Fatihah

KUALA LUMPUR - Pendakwah selebriti, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih...

Polis Siasat, Cari Pihak...

ARAU - Polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak...

Kumpul Maklumat Mangsa Banjir,...

KUALA KANGSAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta pusat pemindahan di negeri yang...

Polis Tahan 2 Individu, Cari 3 Lelaki Bantu Kes Bunuh Myanmar

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang menahan dua lagi individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan beberapa kes bunuh dan kerat rakyat negara itu di Bukit Mertajam dan Nibong Tebal baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata penahanan seorang pekerja kontrak dan wanita yang tidak bekerja masing-masing berusia 30-an di Kubang Semang, Bukit Mertajam dekat sini itu, menjadikan 20, jumlah keseluruhan warga Myanmar yang ditahan dalam Ops Kelar yang dilancarkan dua minggu lalu.

“Hasil Ops Kelar yang dijalankan oleh pasukan khas polis, kami berjaya menahan dua lagi warga Myanmar termasuk seorang wanita yang merupakan isteri kepada suspek yang ditahan polis sebelum ini.

“Polis percaya dengan penahanan dua individu berkenaan akan membantu siasatan kami dan ia juga dapat memberi beberapa petunjuk baharu,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan dan Ikrar Bulanan Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Kes pembunuhan membabitkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam di sini termasuk berhampiran Balai Polis Machang Bubok, di sini.

Sejak awal tahun ini, 18 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan.

Bagaimanapun, sejak bulan lalu kumpulan terbabit mula memotong anggota badan mangsa.


Abdul Rahim berkata, lapan individu daripada 20 anggota kumpulan itu yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis secara berperingkat sejak beberapa hari lalu.

“Dua daripada lapan yang dibebaskan itu didakwa menurut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Enam lagi adalah pemegang kad Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR),” katanya.

Beliau berkata, 12 yang masih ditahan itu mengaku memang terbabit dalam sembilan kes bunuh membabitkan warga Myanmar termasuk yang terbaharu kes bunuh di hadapan sebuah tokong di Taman Metropolitan, Relau di sini Isnin lalu.

“Cuma setakat ini, polis masih belum dapat mengenal pasti identiti mangsa yang dibunuh itu dan kami minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis turut mencari tiga lelaki warga Myanmar yang dipercayai sebelum ini tinggal di Bukit Mertajam dan melarikan diri di bahagian pulau negeri untuk membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori