Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga 8 pagi ini...

Pencemaran Sg. Masai Bukan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri menafikan pencemaran yang berlaku di Sungai Masai di...

Cadangan Penubuhan J/kuasa Kabinet...

ALOR SETAR - Cadangan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Kerajaan PH Perlu Henti...

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) perlu beri tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat...

Polis Tahan 4 Penyamun Kedai Serbaneka 24 Jam

KUANTAN – Polis menahan empat lelaki bersenjatakan pedang samurai yang dipercayai menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di bandar Kuala Rompin, Rompin awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Johari Jahaya berkata polis menahan suspek selepas menerima maklumat daripada seorang pemandu lori penunda kenderaan yang mencurigai pelanggannya itu.

Beliau berkata pemandu lori penunda itu mengesyaki suspek terlibat dalam kegiatan jenayah selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabas kira-kira 1 kilometer dari tempat kejadian.

Katanya pengadu yang datang ke situ untuk menunda kenderaan selepas dihubungi suspek berasa curiga dengan mereka dan kemudiannya segera menghubungi polis.

“Polis yang menerima laporan itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum memberkas kesemua suspek dan turut merampas kereta itu, sebuah telefon bimbit, sebilah pedang samurai, dua topeng dan wang tunai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Johari berkata terdahulu pada pukul 5.30 pagi, suspek dipercayai menyamun kedai berkenaan dengan seorang daripada mereka berpura-pura membeli rokok sebelum datang dua lagi suspek yang memakai topeng.

Katanya pekerja kedai terbabit bersama rakan sekerjanya terkejut dan panik selepas suspek tiba-tiba menghunus pedang panjang itu ke arahnya sebelum meminta wang di dalam kaunter dan rokok.

“Suspek bertindak merampas wang tunai RM1,000, rokok dan sebuah telefon bimbit milik pengadu sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati suspek dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes samun kedai serbaneka di daerah Pekan dan Rompin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori