Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JAS Masih Siasat Punca...

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih menyiasat air sungai di Nilai,...

Sanggup Ambil Risiko Rakam...

DEMI mendapatkan potret perkahwinan yang menarik, pasangan pengantin di Jepun ini sanggup mengambil risiko...

Singapura Saman 12,000 Pemandu...

SINGAPURA - Dalam senyap tanpa sebarang publisiti, tidak ramai tahu bahawa pemandu di...

Pelbagai Usaha Kesan Individu,...

BALING - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan terus mempelbagaikan usaha mengesan individu dan...

Polis Tahan 5 Lelaki Kejadian Conteng Surau & Pejabat UMNO

SEREMBAN – Polis menahan lima lelaki ekoran kejadian Surau Hubbul Watan Taman Seremban Jaya Fasa 10 dan Pejabat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Rembau, Jalan Seremban-Tampin, di sini diconteng, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata kesemua lelaki berusia antara 18 dan 32 tahun itu, dipercayai satu kumpulan yang sama, ditahan bagi membantu siasatan.

“Setakat ini polis menahan lima lelaki itu bagi membantu siasatan merosakkan harta awam dan tempat ibadah.

“Di samping itu, pakar forensik juga telah mengambil sampel pada cat yang digunakan oleh individu berkenaan…seterusnya mengambil tindakan lanjut.


Masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4 pagi itu, kedua-dua premis berkenaan yang terletak berhampiran, diconteng dengan cat, dilukis logo dan beberapa perkataan.

Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat oleh Setiausaha Kerja Umno Bahagian Rembau Zuliana Mohd Ridzuan dan bekas pengerusi Surau Hubbul Watan Taman Seremban Jaya Fasa 10, Abd Ghani Ismail. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori