Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Diskaun Tol LSA 10...

KUALA LUMPUR - Syarikat konsesi Lebuh Raya Shah Alam (LSA) memberi diskaun tol...

Anwar Mengadap Sultan Brunei,...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Ibrahim Ibrahim semalam mengadap Sultan Brunei,...

Penyanyi Dangdut Maut Dipatuk...

TIDAK dinafikan muzik dangdut merupakan di antara genre muzik yang paling mendapat perhatian...

Kurang Bekalan, Permintaan Tinggi...

BUKIT MERTAJAM: Kekurangan bekalan selain permintaan tinggi antara faktor mempengaruhi kenaikan harga tomato...

PR Perlu Utama Matkamat Bersama Bukan Parti Individu

PETALING JAYA – Pakatan Rakyat perlu mengutamakan matlamat politiknya yang menyeluruh berbanding matlamat parti masing-masing, kata Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai.

Mengakui sememangnya ada perbezaan ideologi dalam kalangan parti-parti pembangkang itu, katanya, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi .

Katanya kegagalan untuk mengutamakan perjuangan bersama akan menggugat kesepakatan pakatan itu dan peluang mereka pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

“Formula Pakatan Rakyat itu terbukti berkesan. Rakyat Malaysia telah memberikan kita peluang. Peluang ini belum tentu akan datang lagi pada masa hadapan,” katanya dalam ucapan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Subang Jaya, hari ini.


Tan berkata DAP juga akan terus konsisten dengan ideologi Sosial Demokrasi yang jelasnya menekankan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia serta mempertahan Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan parti.

Persidangan yang dihadiri 938 perwakilan itu turut meluangkan masa seminit bertakafur untuk mengingati tiga pemimpin parti itu yang meninggal dunia tahun ini.

Mereka ialah bekas pengerusi kebangsaan Karpal Singh, bekas pengerusi Sarawak Wong Ho Leng dan bekas Anggota Parlimen Teluk Intan Seah Leong Peng. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori