Gara-gara seorang penumpang baran yang melempar secawan air panas kepada pramugari bertugas, pesawat Air Asia yang dalam penerbangan dari Thailand ke Nanjing, China memutuskan untuk berpatah balik ke Bangkok.
Difahamkan, penumpang wanita terbabit memarahi pramugari sebelum mencurah air panas ke arahnya ketika menaiki penerbangan charter ke Nanjing, pada malam Khamis.
Pramugari yang menjadi mangsa segera dirawat dan sebaik pesawat tiba di Bangkok, penumpang wanita terbabit dan tiga penumpang lain bersamanya diarahkan meninggalkan pesawat.
Media China melaporkan selain air panas, mi segera turut dilontar ke arah pramugari.
Dalam kenyataan oleh Air Asia, kapten dan krew pesawat didakwa sudah cuba berbincang secara baik dengan penumpang berkenaan namun tidak dapat mencapai jalan penyelesaian diharapkan.
Insiden membabitkan sikap ‘pelik’ pelancong dari China sebenarnya bukanlah kisah baharu malah banyak pelancong negara lain yang pernah mendapat kesan daripada perangai mereka telah memberi cadangan kepada Beijing supaya mengedarkan garis panduan kepada rakyat negara terbabit yang mahu ke luar negara.
Februari lalu, 27 pelancong China yang menyertai rombongan ke Phuket diarahkan keluar dari pesawat China Eastern Airlines selepas bergaduh dengan dahsyat kerana berebut tempat duduk. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: REM RAMZI
Video lawak.. penumpang India pertama kali naik kapal terbang!