Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Euro 2016: Kalahkan Poland,...

MARSEILLE - Portugal melangkah ke semifinal Piala Eropah 2016 selepas berhempas pulas menumbangkan...

Buku Dapat Sambutan, Rita...

SETELAH sekian lama merahsiakan perjalanan hidup sepanjang perkahwinan pertama, pelakon Rita Rudaini tidak...

Rambut Blonde Palsu Cuma...

RAMAI terkejut dengan imej terbaru penyanyi dan pelakon senior, Raja Ema, 46, ketika muncul...

1,142 Permohonan RMR1M Di...

KANGAR - Sebanyak 1,142 permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Perlis khusus...

Projek Pembangunan Luar Bandar Dilaksana Secara Holistik

PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua projek pembangunan luar bandar akan dilaksanakan secara holistik untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Perdana Menteri berkata selain kemudahan asas seperti perumahan, bekalan air dan elektrik, penduduk luar bandar termasuk kaum Orang Asli perlu disediakan dengan sumber ekonomi yang mampu memberikan pendapatan tetap.

“Kita bangunkan masyarakat luar bandar hari ini, bukan hanya dengan meluluskan projek tertentu sahaja seperti membuat dewan komuniti, jalan raya dan bekalan elektrik serta air, tetapi kita lihat usaha ini mesti dilakukan secara hoslitik atau pakej.

“Maknanya kita tak boleh beri rumah sahaja, tanpa sumber ekonomi, pembangunan itu tidak lengkap, tanpa bekalan air atau bekalan air terputus-putus, ia bukan pembangunan menyeluruh,” katanya.

Najib berkata demikian pada majlis penyerahan kunci rumah baharu kepada 102 penduduk Orang Asli yang menjadi peserta projek membasmi kemiskinan Agropolitan Runchang, Agropolitan Pekan, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Runchang di sini, hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori