Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Menderita Perut ‘Membusung’

PERUT membesar seperti busung. Itu penderitaan yang terpaksa dialami oleh seorang kanak-kanak berusia...

SUPP Sudah Sedia Rampas...

KUCHING - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini berada di tahap terbaik untuk...

KotaSAS Bakal Jadi Pusat...

KUANTAN - Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS) bakal menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baharu...

2 Doktor Pakar Diperlukan...

JELI - Sekurang-kurangnya dua doktor pakar tetap termasuk pakar kecemasan diperlukan di Hospital...

Proton Beri Diskaun 30% Baiki Kereta Ditenggelami Banjir

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Berhad (Proton) membuat keputusan menaikkan pemberian diskaun untuk caj baik pulih kereta-kereta Proton yang terjejas akibat bencana banjir kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, keputusan menaikkan diskaun daripada 20 kepada 30 peratus itu berdasarkan keadaan banjir yang teruk pada tahun ini.

“Kami merasakan bahawa diskaun yang ditawarkan tidak banyak membantu mengurangkan bebanan mangsa banjir dan untuk itu kami memutuskan untuk menambahkan lagi pemberiaan diskaun untuk alat ganti kepada 30 peratus.

“Kos buruh bagi kerja baik pulih kereta pula tidak akan dikenakan kepada pelanggan Proton yang terjejas akibat banjir. Oleh itu, kami nasihatkan
pemilik kereta Proton yang terjejas untuk menghantar kereta mereka di pusat servis Proton berdaftar yang terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Harith berkata, kerja-kerja baik pulih itu turut membabitkan pemeriksaan percuma, penilaian kerosakan dan bantuan penundaan dari tempat kejadian hingga ke cawangan pusat servis terpilih.

Sehubungan itu, katanya, pemilik kenderaan Proton yang terlibat dalam banjir kali ini diminta menghubungi Khidmat Pelanggan Proton di talian 1800-888-398 untuk pertanyaan, pertolongan dan bantuan khidmat penundaan.

“Adalah penting untuk membantu meringankan beban mangsa banjir. Keperitan yang mereka lalui bukan sekadar kehilangan harta benda malah terpaksa menghadapi kesukaran menanggung pelbagai kos membaik pulih kenderaan mereka yang disaluti lumpur,” katanya.

Sementara itu, Proton mencadangkan beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk menguruskan kenderaan yang terjejas akibat banjir seperti berikut:


1. Jangan hidupkan enjin kereta anda.

2. Jangan gunakan alat kawalan jauh untuk membuka pintu kereta. Sebaliknya, lakukannya secara manual.

3. Pastikan buka atau matikan terminal negatif bateri kereta untuk menghentikan aliran arus elektrik di dalam
kereta.

4. Ketiga-tiga langkah di atas bertujuan untuk mengurangkan kerosakan kepada peralatan, khususnya
komponen elektrik dan mekanikal kenderaan.

5. Jika menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan tadi, beberapa peralatan atau komponen masih
dapat diselamatkan.

6. Selepas mematikan arus elektrik kereta anda, keluarkan barang-barang berharga dari kereta, kunci pintu kereta anda secara manual dan sila dapatkan khidmat lori tunda yang diiktiraf.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori