Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hubungan Zizan & Mira...

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak Zizan Razak menegaskan dia tidak mempunyai sebarang...

Pemuda Maut, Motosikal Langgar...

BESUT - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori...

Tambah 50 Taska Mampu...

KUALA LUMPUR - Penambahan sebanyak 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di bangunan kerajaan...

Situasi Covid-19 Dalam Negara...

KUALA LUMPUR - Situasi penularan jangkitan Covid-19 dalam negara masih pada tahap genting...

PROTON Sedia Bekerjasama Bagi Projek Kereta Asean

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta Malaysia, PROTON, sedia untuk bekerjasama dalam projek kereta Asean.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PROTON Holdings Bhd Datuk Abdul Harith Abdullah berkata Asean merupakan pasaran berkembang terbesar selepas China, dan negara-negara Asean perlu melindungi kawasan pasaran sendiri dengan mengeluarkan produk sendiri.

“Kami amat gembira untuk memperluaskan pasaran kami ke bahagian-bahagian lain negara Asean dengan kerjasama negara-negara berkenaan, dalam mengembangkan lagi jenama kami,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai projek kereta Asean, perkara yang telah dibincangkan oleh pemimpin Malaysia dan Indonesia pada Oktober lepas.

Pada 20 Oktober lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, projek itu akan menjadi ‘impian yang menjadi kenyataan’ setelah Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo menyatakan minat dalam melaksanakan idea yang diilhamkan oleh Malaysia.

Selepas bertemu Jokowi di Jakarta semasa menghadiri istiadat mengangkat sumpah Presiden Indonesia itu, Najib berkata, PROTON dijangka terlibat dalam projek tersebut.


Abdul Harith berkata sebagai sebuah syarikat Malaysia dan jenama isi rumah kepada industri tempatan, PROTON akan terus menyalurkan tenaga dalam merealisasikan objektif strategik kerajaan.

CEO itu berkata, PROTON sudah menjadi kereta Asean memandangkan tiada negara lain dalam Asean yang mempunyai kemudahan pengeluaran mereka sendiri yang menghasilkan kereta jenama tempatan, tidak seperti PROTON dan Malaysia.

“Proton sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana negara yang mahu berkembang bersama-sama dengan kami, dengan persetujuan Kerajaan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Abdul Harith berkata, 2015 akan menjadi satu lagi peristiwa penting bagi PROTON memandangkan tahun berkenaan menandakan 30 tahun kereta nasional pertama Malaysia.

“Jelas sekali, PROTON telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun ini dan oleh itu, kami ingin memberikan penghargaan kepada setiap rakyat Malaysia yang telah memainkan peranan penting dalam menjadikan PROTON jenama isi rumah di negara ini, dan juga dalam di rantau ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori