Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Neymar Pulang Ke Brazil...

NEYMAR bakal menjalani pembedahan minggu ini, jelas Paris Saint-Germain. "Keputusan telah dibuat bersama kedua-dua...

Chong Wei Menang Pemain...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Pemain...

Perjuangan Demokrasi Suu Kyi...

KUALA LUMPUR - Kemenangan penerima Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi dalam pilihan...

Pokok Bonsai Cina Hiasi...

DHAKA – Barisan pokok bonsai Cina ditanam baru-baru ini di sepanjang jalan utama...

PS4 Original Grey Sempena Ulang Tahun PlayStation Ke-20

Hari ini, bersempena dengan ulang tahun Playstation yang ke 20, mereka telah membawakan edisi konsol Playstation 4 yang sangat menarik.

Dua dekad yang lalu konsol berasaskan cakera padat ini muncul di pasaran Jepun dan memulakan dominasi Sony di dalam arena permainan konsol.

Ratusan juta PlayStation dijual di dalam bentuk 4 konsol, 2 konsol mudah alih dan sebuah yang seakan peranti pintar.

Kejayaan PlayStation adalah tidak disangka kerana ia sebenarnya projek usahasama Sony dan Nintendo yang gagal.

Kejayaan PlayStation bermula dengan PlayStation generasi pertama berwarna kelabu.

Bagi meraikan ulang tahun ke-20 konsol ini, Sony menghasilkan PlayStation 4 edisi terhad berwarna Original Grey.

Warnanya berpadanan dengan konsol PlayStation generasi pertama, hanya 12300 konsol edisi terhad ini akan dihasilkan.


Jumlah 12300 yang dihasilkan adalah sebagai memperingati tarikh PlayStation diumumkan (3 Disember) .
Harga jualan konsol edisi terhad ini ialah Yen 49980 (RM 1444) dan pembeli akan dipilih secara cabutan bertuah.

ps

Di Amerika Syarikat ianya hanya akan dijual di PlayStation Experience di Las Vegas.

Tiada perancangan untuk menjual konsol ini menerusi saluran lain.

Selamat hari jadi kepada PlayStation.

Sumber: Playstation Blog

Oleh:hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori