Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAS Akui Kurang Bersedia...

KUALA LUMPUR - PAS mengakui kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti itu masih tidak...

Agong Ziarah Mangsa Banjir...

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menziarahi dan...

Penyu Kudung Diselamatkan Di...

PORT DICKSON - Seekor penyu yang kudung kakinya diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat...

“Kekal Fokus Dan Tenang!”

KUALA LUMPUR - "Kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, perjalanan anak-anak...

Pulau Pinang Lubuk Kes Bunuh Warga Asing, 2 Lagi Jadi Mangsa

Walaupun pihak polis telah memberkas beberapa suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan beberapa siri kes bunuh warga asing sejak akhir-akhir ini, namun ia masih berlarutan.

Terbaru, satu mayat yang dipercayai warga asing ditemui dalam kawasan semak di tepi jalan di Jalan Bukit Tok Alang, Tasek Gelugor, petang Rabu lalu.

Memetik kenyataan dari jurucakap polis, mangsa yang berusia lingkungan 30-an ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan dalam keadaan berbalut dengan kain pelikat.

Memetik kenyataan anggota polis tersebut di portal The Rakyat Post, “Lelaki itu melalui kawasan berkenaan sebelum terbau benda busuk, dia kemudian mencari di sekitar semak di tepi jalan tersebut sebelum ternampak bungkusan kain pelikat.

“Dia mendekati dan ternampak mayat manusia dalam kain pelikat tersebut.”

Tambahnya lagi, pihak berkuasa percaya, mangsa dibunuh di tempat lain sebelum tubuhnya dibuang di kawasan itu kira-kira empat hari lalu berdasarkan kondisi mayat yang sudah membengkak.

Selain itu, pemeriksaan forensik mendapat mangsa yang berkulit gelap itu tidak mempunyai suntikan BCG, juga tidak memiliki sebarang kecederaan.


Sehari sebelum itu (Selasa, 9D Disember), sekujur tubuh yang sudah berulat ditemui beberapa penduduk kampung yang sedang mencari tumbuhan hutan di Kampung Acih, Ara Kuda, juga di Tasek Gelugor.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim, mayat lelaki yang dipercayai warga Myanmar tersebut ditemui kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Polis turut menemui sekeping kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) yang dipercayai milik mangsa di lokasi berdekatan.

Walau bagaimanapun, mangsa dipercayai mati kira-kira dua minggu lalu dan polis turut percaya, individu tersebut dibunuh di kawasan lain sebelum dibuang di situ. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

https://www.youtube.com/watch?v=83D67lc-YCg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori