Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Padah Pertikai Sejarah Raja...

BANGKOK - Seorang aktivis berdepan hukuman penjara 15 tahun selepas meminta rakyat Thailand...

Hina Sultan: Polis Buru...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu sedang mengesan pemilik dua akaun Facebook yang didapati...

Pekebun Cedera Tertembak Diri...

MIRI - Seorang pekebun cedera apabila senapang patah yang dibawanya terjatuh lalu tertembak...

Tan Sri Sanusi Junid...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia pagi...

Pusat Darul Hidayah Untuk Mualaf Dibuka Tahun Depan

PUTRAJAYA – Pusat Darul Hidayah, rumah perlindungan serba lengkap bagi golongan mualaf di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan dibuka tahun hadapan di Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata rumah itu yang mampu menempatkan seramai 300 orang penghuni pada satu-satu masa akan menggantikan pusat perlindungan yang serupa kini beroperasi di Kampung Baru, di bangunan disewa MAIWP.

“Apabila berpindah ke bangunan sendiri pusat itu akan menyediakan kelas pembelajaran agama yang lebih sistematik bagi golongan mualaf serta lain-lain kemudahan seperti surau, dewan makan selain tempat penginapan,” katanya.

“Kos pembinaan pusat tersebut membabitkan kos kira-kira RM18 juta,” kata Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di sini hari ini.

Beliau berkata pembukaan Pusat Darul Hidayah itu merupakan salah satu hasil inovasi MAIWP dalam pengurusan hasil zakat dengan tidak hanya tertumpu kepada menolong lapan golongan asnaf.


Mengenai kutipan zakat, sehingga hari ini Jamil Khir berkata MAIWP mencatatkan jumlah kutipan yang lebih tinggi sebanyak RM431 juta berbanding RM366 juta untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata 25 peratus daripada peningkatan itu disumbangkan oleh zakat perniagaan berjumlah RM65 juta.

Ini berikutan peningkatan sebanyak 18 peratus pembayar zakat perniagaan kepada 1,872 orang bagi tempoh Januari hingga November 2014, dari tempoh sama tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori