Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Peralihan Angin Monsun Punca...

KUALA LUMPUR - Hujan dan ribut petir yang berlaku di beberapa kawasan ketika...

Ohsem! RM28 Boleh Layar...

BERITA baik buat pengguna pelan prabayar Digi Prepaid Live yang ‘gila’ strim video dan...

Lebih 1.1 Juta Isi...

SHAH ALAM - Sebanyak 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling,...

Rombongan Ebit Dibenar Masuk...

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Ebit Lew dan rombongannya kini dibenarkan masuk ke...

Pusat Perubatan Nuklear, Radioterapi Di Hospital

KOTA KINABALU – Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas bernilai RM224 juta memberi impak besar dan kemudahan kepada pesakit kanser di negeri ini, utara Sarawak, Labuan dan Brunei.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, pusat sehenti itu yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar raya ini yang beroperasi sejak 8 April tahun lepas telah menerima lebih 5,200 kes kanser.

Katanya usaha kerajaan membina kemudahan itu bagi memberi kemudahan kepada rakyat khususnya pesakit kanser terutama berkaitan penambahbaikan kualiti hidup dan kemudahcapaian terhadap perkhidmatan kesihatan.

“Dari segi manfaat kepada rakyat sudah tentu kita mahu memberi kesenangan dan kemudahan. Ini kerana, pada masa dahulu kita tiada fasiliti ini kecuali di (hospital) swasta Sabah Medical Centre (SMC).

“Sebelum ini pesakit perlu dihantar ke Kuala Lumpur serta Sarawak yang menyusahkan pesakit dan keluarga selain pusat ini akan lebih menjimatkan kos perubatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat itu di Likas hari ini.

Musa berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan komitmen kerajaan pusat dalam memenuhi permintaan rakyat Sabah khususnya dalam menempatkan pakar dan kemudahan perubatan yang moden dan berteknologi terkini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk membina bangunan tempat letak kereta di hospital berkenaan dalam masa terdekat.

Terdahulu, ketika berucap, Ketua Menteri menyeru rakyat Sabah terus bersama-sama kerajaan bagi memastikan setiap projek pembangunan dapat dijayakan sepenuhnya sekali gus menjamin kesejahteraan mereka.


Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pusat perubatan itu menyediakan pelbagai rawatan terkini yang mampu merawat penyakit kanser seperti radioterapi, kemoterapi, radioaktif dan kaedah khas lain.

“Bagi rawatan kanser, jika dahulu pesakit perlu ke Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk rawatan susulan, sekarang Sabah juga mempunyai kemudahan yang sama selain pusat ini mempunyai dewan bedah tercanggih di Malaysia,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya akan memantapkan bidang perubatan khusus untuk penyakit kanser termasuk pembedahan sum-sum tulang di Sabah, yang tidak hanya bertumpu di Hospital Ampang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berhubung penempatan pakar di hospital-hospital termasuk di Sabah, beliau berkata pihaknya berusaha melatih pakar-pakar baharu terutama di Sabah untuk ditempatkan di negeri ini menerusi program sarjana di luar negara.

Menurutnya, setakat ini, hanya terdapat kira-kira 100 pakar kanser di seluruh negara termasuk empat pakar kanser dan onkologi di Sabah.

Pusat tersebut mempunyai kapasiti 155 katil yang boleh diperluaskan kepada 200 katil dan mempunyai kemudahan seperti jabatan radioterapi dan onkologi, unit perubatan nuklear, klinik pakar pesakit luar, wad, bilik pembedahan, perpustakaan dan bilik persidangan serta farmasi.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Christine Rundi dan Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah Dr Tan Bee Hwai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori