Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

IS Keluarkan Ugutan Terbaharu...

BAITULMAQDIS - Kumpulan Negara Islam (IS) menggunakan tebusan Jepun, Kenji Goto untuk meletakkan...

Dana ESG Valuecap Berjumlah...

KUALA LUMPUR - Dana Indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Dana ESG)...

Bajet 2018: Gerakan Gesa...

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan semula Skim Pembiayaan Rumah...

Dr Halimah Ali Calon...

PETALING JAYA - PAS menamakan bekas anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah...

Puteri Umno Cadang TNB Beri Rebat Kepada Mangsa Banjir

KOTA BHARU – Pergerakan Puteri Umno hari ini mencadangkan supaya Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi rebat kepada mangsa di negeri yang terjejas banjir.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ini bagi memastikan mangsa banjir tidak terbeban berikutan keadaan bencana itu yang semakin buruk.

“Kita harap TNB memberi rebat antara enam bulan hingga setahun kepada mereka yang terlibat banjir kerana mangsa banjir memerlukan wang untuk membaiki rumah dan sebagainya.

“Selain itu kita juga ingin meminta syarikat bekalan air di setiap negeri untuk turut memberi rebat kepada mangsa banjir,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga meminta supaya Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memansuhkan pinjaman mangsa banjir di bawah RM2,000.

“Kami yakin mangsa yang terlibat berbesar hati sekiranya Mara dan Tekun dapat melupuskan hutang mereka, selain ia dapat meringankan beban mangsa banjir,” katanya.


Mas Ermieyati berkata sambutan Tahun Baharu tidak perlu diadakan berikutan keadaan banjir buruk yang melanda penduduk di pantai Timur.

“Saya harap peruntukan untuk sambutan Tahun Baharu disalurkan kepada mangsa banjir yang lebih memerlukan. Kami tidak mahu ada yang bersuka ria pada ambang Tahun Baharu tanpa memikirkan nasib mereka yang dilanda banjir,” katanya.

Selain itu, beliau berkata media memainkan peranan penting dalam melaporkan berita terkini berkaitan banjir kerana ketika ini terdapat banyak laporan palsu yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Sementara itu, Mas Ermieyati turut menyerahkan baju dan but hujan kepada petugas media di negeri ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori