Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Comprehension Male Psychology Will...

For another task I've pasted an article structure that is perfect, it's taken...

OKU Antara 50 Penagih...

BESUT - Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan dua beradik adalah antara 50...

Obor-Obor `Tawan’ 3 Pantai...

RUPANYA nampak menarik dan cantik namun ia sebenarnya menyebabkan masalah besar kepada salah satu...

Tiga Maut Myvi Dihimpit...

IPOH - Tiga maut manakala seorang parah apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki...

QZ8501 : Presiden Jokowi Berangkat Ke Lokasi Pesawat

Presiden Indonesia Joko Widodo dilaporkan sudah pun berlepas ke Pangkalan Bun iaitu lokasi berhampiran dengan penemuan serpihan dan mayat daripada pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di perairan Kalimantan Barat.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi dilihat menaiki sebuah pesawat Angkatan Tentera Udara Indonesia dan dijangka akan memberikan kenyataannya sebentar lagi.

Ketika ini, menurut Badan Mencari Dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) lebih 40  mayat sudah ditemui dan kini dalam proses dibawa ke Pangkalan Bun yang merupakan pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu.

Objek berwarna jingga yang disahkan milik pesawat AirAsia QZ8501 terapung diperairan Kalimantan ketika ditemui.
Objek berwarna jingga yang disahkan milik pesawat AirAsia QZ8501 terapung diperairan Kalimantan ketika ditemui.
Pasukan Mencari dan Menyelamat Indonesia sebelum berlepas dari Pangkalan Bun ke lokasi pencarian dengan membawa peralatan menyelam dan beg mayat.
Pasukan Mencari dan Menyelamat Indonesia sebelum berlepas dari Pangkalan Bun ke lokasi pencarian dengan membawa peralatan menyelam dan beg mayat.
SARIndonesia_2
Anggota Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia (BASARNAS) ketika meninjau kawasan pencarian pesawat AirAsia QZ8501 di kawasan perairan Kalimantan.

Tengahari tadi, pesawat pencarian telah berjaya mengesan kira-kira 10 objek mirip gelongsor kecemasan pesawat, jaket keselamtan dan pintu pesawat yang disahkan milik pesawat berkenaan yang hilang sejak Ahad lepas.

Pihak Indonesia dilaporkan akan menghantar penyelam ke kawasan pencarian kerana kawasan itu kedalamannya hanya sekitar 25 hingga 30 meter sahaja.


Pesawat AirAsia itu ketika kejadian sedang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura membawa bersama 155 orang penumpang dan tujuh anak kapal.

Ia hilang selepas terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia pada pukul 7.24 pagi Ahad lepas. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori