Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pembalak Haram Ditahan Sehingga...

CHUKAI - Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar akan mengkaji semula undang-undang berkaitan...

Beckham Ke Malaysia, Jadi...

BERITA gembira bagi peminat pasukan Manchaster United (MU), apabila pemain sayap berjersi nombor...

PKRC 2.0 Maeps Ditutup

PETALING JAYA : Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di...

Kerajaan Setuju Kongsi Wang...

TUMPAT - Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk berkongsi secara...

QZ8501: Lebih Banyak Kapal, Pesawat Sertai Operasi

KUALA LUMPUR – Lebih banyak kapal dan pesawat menyertai gerakan mencari pesawat AirAsia Penerbangan QZ8501 pada hari ketiga kehilangannya hari ini.

Kedutaan Amerika di Malaysia melalui akaun Twitternya berkata Angkatan Laut Ketujuh Amerika menghantar kapal USS Sampson, yang kini dalam pelayaran, untuk memberi sokongan kepada operasi mencari pesawat berkenaan.

Setiausaha Akhbar Pentagon Laksamana Muda John Kirby mengesahkan perkara itu melalui akaun Twitternya.

Kapal itu dijangka tiba di tempat pencarian lewat hari ini.

Sementara itu, AFP melaporkan Korea Selatan menghantar sebuah pesawat peninjau P-3, manakala China pula menghantar sebuah kapal frigat dan sebuah pesawat tentera untuk membantu misi mencari itu.

Setakat ini, Australia, Singapura dan Malaysia telah menghantar aset mereka untuk menyertai Indonesia mencari pesawat berkenaan.

Kementerian Pengangkutan Indonesia dalam kenyataan melalui laman sesawangnya hari ini berkata, kini 14 pesawat terlibat dalam gerakan mencari pesawat itu, termasuk masing-masing empat dari Tentera Laut dan Tentera Udara Indonesia, sebuah dari kementerian itu, dua dari Australia, sebuah dari Malaysia dan dua dari Singapura.

Selain pesawat, 44 kapal juga terlibat, termasuk tiga dari Singapura dan sebuah dari Indonesia.


Kenyataan itu berkata gerakan mencari hari ini, yang diperluas kepada 13 sektor berbanding tujuh semalam, turut melibatkan 16 helikopter, termasuk dari Tentera Udara Indonesia, Tentera Laut Indonesia, Polis Indonesia, Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia serta dibantu Singapura.

Penerbangan QZ8501, yang menggunakan pesawat Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat iu menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara ialah pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Pesawat itu membawa 155 rakyat Indonesia, tiga Korea Selatan, seorang Singapura, seorang Malaysia, seorang Britain dan seorang Perancis. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=8g7eCUi6Tp0

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori