Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pelantikan Latheefa Sengitkan Pertelingkahan...

KUALA LUMPUR – Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

PDRM, MCMC Jalin Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan...

Sebuah RTC Akan Diwujudkan...

KOTA MARUDU – Sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) akan diwujudkan di Kota...

AirAsia India Tambah 3...

NEW DELHI – AirAsia India terus bertapak kukuh di negara ini berikutan penambahan...

A. Rahman Hassan, Fadhilah Mansor Nikah 25 Disember Ini

PENYANYI terkenal era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 67, memilih tarikh 25 Disember ini untuk melangsungkan pernikahan dengan pelakon senior, Fadilah Mansor, 54, di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, A.Rahman dan Fadilah akan diijabkabulkan jam 8.30 malam di majlis yang hanya akan dihadiri keluarga terdekat sahaja.

“Alhamdulillah, saya bakal bergelar suami lagi namun, saya bukannya orang muda. Tak perlulah buat majlis besar-besaran, jadi dewan yang ditempah kecil sahaja, hanya boleh muatkan sekitar 400 tetamu.

“Saya minta maaf kepada rakan-rakan dan keluarga jauh yang tak dijemput. Majlis perkahwinan saya cukup sederhana. Bagi saya apa yang penting akad nikah berjalan lancar,” katanya.

A. Rahman kematian isteri, Allahyarham Datin Azizah Muhammad akibat kanser pangkal rahim pada 26 April 2013.


Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak lelaki termasuk pelakon, Khir Rahman.

Sementara, Fadilah yang merupakan ibu tunggal kepada dua cahaya mata, bercerai dengan pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London empat tahun lalu.

Tahniah kami ucapkan buat Datuk A. Rahman Hassan dan Fadilah, semoga mahligai yang bakal dibina berkekalan hingga ke jannah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori