Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tony Biadap Kata Azmin...

SHAH ALAM - Rasanya belum pernah lagi berlaku dalam sejarah, seorang ketua kerajaan...

Serangan Udara Di Khartoum...

WAD MADANI (Sudan): Penduduk Khartoum terjaga hari ini akibat tembakan meriam dan roket,...

PM10: Duta Jepun Ke...

KAJANG – Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan...

Perancis Benar Golongan OKU...

PARIS - Golongan orang kelainan upaya (OKU) yang diletakkan di bawah jagaan mahkamah...

Rakyat Hadapi Tahun 2014 Dengan Tabah – Tiong Lai

KUALA LUMPUR – “Tahun 2014 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran bagi Malaysia,” kata Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, rakyat Malaysia bagaimanapun berjaya menghadapi dugaan yang tidak disangka itu bersama-sama dengan tabah.

Beliau menyenaraikan cabaran itu adalah insiden pesawat MH17, MH370. QZ8501 dan banjir yang mengakibatkan kehilangan nyawa, keluarga dan tempat tinggal.

“Rakyat Malaysia telah menjiwai semangat perpaduan dan bersama-sama membantu saudara Malaysia kita tanpa mengira fahaman politik dan agama.

“Ini mencerminkan semangat cinta dan kerakyatan yang setia lagi membara terhadap tanah tumpahnya darah kita, Malaysia kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tiong Lai bagaimanapun berkata, terdapat pihak berniat jahat ingin memusnahkan negara maka rakyat yang menyokong kesederhanaan dan perpaduan harus sentiasa berwaspada.

Justeru, beliau menyeru semua rakyat menolak sebarang bentuk ekstremisme dan unsur negatif yang tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Beliau berpandangan konsep budi bahasa kini seolah-olah dilihat sebagai sesuatu yang remeh dan ketinggalan zaman dalam kalangan masyarakat.

Maka, katanya, menjadi tanggungjawab semua supaya budi bahasa tidak hilang ditelan zaman dengan sentiasa mengamalkannya terutama sewaktu di jalan raya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori