RAKYAT Korea Utara yang memiliki nama sama seperti pemimpin negara itu, Kim Jong-Un diperintahkan untuk menukar nama mereka secepat mungkin.
Ini kerana mereka dilarang mempunyai nama sama seperti diktator berusia 31 tahun itu dan perlu menukar nama mereka semula.
Walaupun penukaran itu dikatakan bersifat suka rela namun difahamkan, kebanyakan penduduk sudah mula menukar nama kerana tidak berani untuk sesekali mengabaikan perintah tersebut.
Bayi-bayi yang baharu dan bakal lahir juga dilarang sama sekali dinamakan Kim Jong-Un dan pelaksanaan dasar perintah ini dikatakan sebagai kelangsungan bagi mencontohi era pemerintahan bapa dan datuk Kim Jong-Un, iaitu Kim Jong Il dan Kim Il Sung. – MYNEWSHUB.CC