Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

15 Orang Terkandas Di...

KUANTAN - Seramai 15 individu termasuk dua kanak-kanak yang mengikuti aktiviti rekreasi di...

Kejutan Nur Dhabitah Nyalakan...

KUALA LUMPUR - Nur Dhabitah Sabri yang genit dan periang adalah "kejutan" yang...

Ringgit Dibuka Rendah Hari...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pada hari ketiga berturut-turut...

Isu Di Sebalik Pemindahan...

PETALING JAYA - Keputusan untuk menempatkan 22 orang pegawai tinggi persekutuan daripada pelbagai...

Razif Mohon MAAF Tuduh Chong Wei Ambil Bahan Terlarang

Menerusi akhbar tempatan berbahasa Melayu dan Cina, bekas pemain badminton negara, Razif Sidek membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ikon sukan tanahair, Datuk Lee Chong Wei atas tuduhan semberononya kepada bintang itu.

Menerusi kenyataan yang disiarkan pada Khamis, Razif mengakui bahawa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkannya terhadap Chong Wei adalah palsu dan tidak berasas.

b7b8476dbdce7319fa5fd79f26dcebac

Kenyataan permohonan maaf Razif berbunyi:

“Saya secara ikhlas dan dengan sepenuh hati memohon maaf kepada Chong Wei untuk sebarang kerosakan, kesusahan dan rasa malu yang disebabkan oleh kenyataan saya yang telah mempersoalkan integriti dan kejujurannya.

Saya berjanji di sini bahawa saya tidak akan membuat sebarang pernyataan lanjut atau tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat terhadap Chong Wei.”


Pada 11 November lepas, Razif yang pernah memenangi gelaran Juara All England 1982 dalam acara beregu dengan adiknya, Jalani, menuduh Chong Wei sudah lama menggunakan bahan terlarang.

Ia berikutan kegagalan Chong Wei dalam dua ujian ‘doping’ menerusi sampel yang diambil ketika Kejohanan Badminton Dunia BWF, Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori