Rusia – Ia merupakan detik-detik yang menyayat hati apabila seorang remaja berusia 17 tahun, Sergei Casper dibuli oleh rakan sekelasnya, hingga menyebabkan dia meninggal dunia.
Ketika kejadian, tiada siapa yang membantunya malah rakannya itu hanya memerhati dan ketawa. Pada masa sama, guru kelasnya juga tidak berbuat apa-apa.
Casper sebelum itu telah diikat menyebabkan dia tidak dapat menggerakkan kaki dan tangan. Dia kemudiannya diangkat ke tandas sebelum pembulinya membawanya semula ke dalam kelas yang dipenuhi dengan rakan-rakan dan gurunya.
Dalam keadaan dia diikat itu, Casper cuba bergerak ke depan namun malangnya dia telah terjatuh dan lehernya terkena bucu meja.
Keadaan ini menyebabkan dia tidak dapat bernafas dan akhirnya meninggal dunia.
Menurut rakan baiknya, Alexander, Casper merupakan seorang budak yang terkenal di sekolah lamanya dulu namun selepas dia memasuki kolej berkenaan, segalanya berubah.
“Dia seorang yang baik dan tidak menganggu orang lain namun pembuli sentiasa menganggunya hanya disebabkan minat Casper terhadap bidang seni,’’ katanya.
Dalam pada itu, siasatan mendapati rakaman video menunjukkan dengan jelas kejadian itu namun pihak sekolah menafikan kolej berkenaan berdepan masalah buli.
Pembuli tersebut dilaporkan telah dibuang kolej sementara polis kini masih menjalankan siasatan.
https://www.youtube.com/watch?v=5rxT45BxW38