Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Despacito Haram Di Malaysia...

SEBELUM ini Kementerian Komunikasi dan Multimeda telah mengarahkan semua radio dan saluran televisyen...

Tentera AS Selamatkan Dua...

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) selamatkan dua juruterbang Arab Saudi yang menekan...

102 Sertai Kejohanan Golf...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 102 peserta terdiri daripada ahli perniagaan dan orang kenamaan...

Pensyarah Diugut Selepas Artikelnya...

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi...

Remaja Dikhuatiri Lemas Di Pantai Teluk Bidara, Dungun

DUNGUN – Kegembiraan tiga remaja lelaki menghabiskan cuti hujung minggu berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, di sini petang semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa Syed Mustafa Syed Mohd Suhaimi, 18, dari Durian Burung, Kuala Terengganu berkunjung ke pantai berkenaan bersama sepupu Syed Ali Syed Alwi, 18, serta seorang lagi rakannya berusia 20-an sebelum dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi.

Syed Ali berkata mereka bertiga tiba di pantai itu pada 5.30 petang untuk berehat dan menghabiskan masa di hujung minggu.

Katanya namun ketika beliau bersama rakannya itu sedang mandi, sepupunya yang sebelum itu tidak berhasrat untuk mandi laut, tiba-tiba menyertai mereka dan tidak sampai lima minit berada di dalam air, mereka terdengar suara menjerit Syed Mustafa meminta tolong.

“Panik dengan jeritan itu, saya bersama rakan bergegas berenang mendapatkan mangsa yang ketika itu terkapai-kapai dan sempat mencapai tangan Syed Mustafa namun oleh kerana arus yang deras menyebabkan pegangan itu terlepas dan saya sudah tidak boleh buat apa-apa lagi,” katanya.

Menurutnya memang menjadi kelaziman mereka bertiga yang bekerja di kilang membuat jus di sini, akan datang ke pantai berkenaan untuk berehat dan melepak di hujung minggu.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan 100 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Katanya operasi menyelamat yang disambung 7 pagi tadi bagaimanapun sukar dijalankan, ekoran ombak besar dan pihaknya memperluas operasinya sehingga ke Pantai Teluk Lipat dekat sini.

Dalam pada itu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman turut meluangkan masa berjumpa dengan ahli keluarga mangsa dan pasukan penyelamat bagi mengetahui perkembangan semasa pencarian tersebut.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti air ketika musim tengkujuh ini bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Kita harap orang ramai khususnya mereka yang melancong ke Terengganu agar sentiasa peka dengan arahan dan papan tanda yang telah ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori