Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cuti 7 Hari Bermakna...

IPOH – Manifesto Barisan Nasional (BN) Perak yang menjanjikan tujuh hari cuti tanpa...

Saya Mahu Jadi Seperti...

GANDINGANNYA bersama Janna Nick menerusi drama Biar Aku Jadi Penunggu pada tahun lalu telah menaikkan...

Ribut: Lebih 21 Rumah,...

KUALA LUMPUR - Lebih 21 buah rumah dan bangunan kerajaan di Bentong, Pahang...

Mayat Lelaki Kurang Siuman...

TEMERLOH - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai...

Retrospektif, Band Rock Kapak Berinspirasikan Search

Jika sebut pasal band rock di Malaysia, tentunya Search menduduki senarai teratas di hati peminat selain Wings, Lefthanded dan May serta lain-lain band.

Telah lebih 20 album yang terjual laris di pasaran sepanjang lebih tiga dekad Search berada di dalam industri muzik Malaysia.

Lagu-lagu hits seperti Kejora, Seroja, Laila Namamu Teratas, Gadisku, Mentari Merah di Ufuk Timur pasti jadi siulan buat peminat mereka yang tidak mengenal usia.

Namun, di masa kini, agak sukar untuk kita mendengar band yang membawakan genre ‘rock kapak’ ini, tidak seperti di era 80-an dan 90-an.

Kebanyakan artis tempatan lebih banyak membawakan genre R&B dan pop yang disesuaikan dengan irama Melayu.

Persoalannya di sini ialah, mengapa tidak Rock Kapak?

Di sini kami ingin kongsikan sebuah band yang berasal dari Kuala Lumpur, bernama Retrospektif.


Ditubuhkan pada tahun 2010, sekumpulan anak muda yang menjiwai ‘Rock and Roll’ ini telah mengangkat band Search sebagai sumber inspirasi mereka.

Diangotai oleh Arif, Izzat, Sham dan Fazim, lagu-lagu yang mereka bawa kebanyakannya adalah ‘tribute’ kepada band Search.

Khas buat peminat-peminat Search, jom layan dahulu cover song Kejora yang dibawakan oleh Retrospektif ini. Suara best…muzik diaorang pun bagus…

Kekal Rock yaa, jyeah!

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori