Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Akan Hantar Surat...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menghantar surat kepada...

WHWL: Malaysia Cipta Sejarah...

KUALA LUMPUR - Malaysia melakar sejarah mara ke final Pusingan Kedua Liga Hoki...

Ketua Pembangkang Bangladesh Dijel...

DHAKA - Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemangku Pengerusi Parti...

Cadangan Tutup MARACorp Khianati...

SHAH ALAM - Cadangan menutup MARACorp perlu dikaji semula kerana dilihat mengkhianati agenda...

Robert Tarik Saman Lepas Musa Hassan Mohon Maaf

Bekas Ahli Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang Miow Sin menarik balik saman RM100 juta terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan setelah Musa membuat permohonan maaf.

Saman fitnah tersebut difailkan Robert setelah Musa mengeluarkan satu kenyataan yang didakwa menfitnah beliau pada 10 Disember 2012.

Musa membuat permohonan maaf itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Rozana Ali Yusoff, selain bersetuju membayar RM10 ribu sebagai kos guaman pihak Robert.

“Saya menyesal terhadap kenyataan itu yang telah disiarkan oleh media,” ujar Musa.

Tan Sri  2-blog


Dalam satu sidang media Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) dua tahun lalu, Musa telah mengeluarkan kenyataan seolah-olah Robert tidak jujur, tidak boleh dipercayai dan tidak beretika.

Robert juga mendakwa, Musa menggambarkan dia sebagai seorang pembohong, korup, melakukan kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara dan mempunyai kecenderungan untuk menganggu proses pentadbiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa lain. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori