Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Guna Pendekatan APB Atasi...

KUANTAN – Petani dan usahawan tani di negeri ini digalakkan menguruskan ladang dan...

Arab Saudi Gembira Tapi...

VOLGOGRAD - Arab Saudi meraih kemenangan pertama di Piala Dunia 2018 selepas menundukkan...

3,262 Kes Demam Denggi,...

KLANG - Sebanyak 3,262 kes demam denggi dengan satu kematian dicatatkan di daerah...

PAS Kecam Muhyiddin Fitnah...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Timbalan Perdana...

Rohingya, Warga Bangladesh Pilih Belayar Ke Malaysia & Thai

NEW YORK – Aliran keluar pelarian dari Teluk Benggala memuncak pada bulan Oktober dan untuk tahun ini sahaja 21,000 Rohingya dan warga Bangladesh dilapor belayar menuju Asia Tenggara.

Malaysia dan Thailand adalah destinasi pilihan paling disukai pelarian-pelarian ini.

Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), William Spindler berkata, perangkaan ini termasuk peningkatan 37 peratus untuk tempoh yang sama tahun lepas.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus dipercayai kaum wanita sementara kira-kira satu pertiga pelarian yang ditemu bual oleh UNHCR di Thailand dan Malaysia berumur bawah 18 tahun.

“Aliran keluar pelarian dari Teluk Benggala memuncak pada bulan Oktober, apabila laut kurang bergelora selepas berakhirnya musim hujan,” katanya.


Tambah beliau, jumlah aliran keluar pelarian Oktober tahun ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dianggarkan 120,000 orang telah melakukan pelayaran itu sejak awal tahun 2012 dan mereka dilapor membayar kepada ejen antara AS$1,600 hingga AS$2,400 (RM5,500-8,500).

Pelarian-pelarian itu mungkin menjadikan destinasi Asia Tenggara sebagai persinggahan sementara sebelum meneruskan perjalanan ke Australia atau negara maju yang lain untuk mendapatkan taraf pelarian yang amat mereka dambakan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori