Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Paip Bocor Akibatkan Limpahan...

JOHOR BAHRU - Sebatang paip air utama bocor sehingga menyebabkan berlaku limpahan air...

Zahid Hadir Beri Sokongan...

BIAR gambar bicara… Tampak tenang sahaja ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad...

Wartawan Indonesia Lancar Rangkaian...

JAKARTA - Ketika masalah berita palsu semakin ketara, wartawan Indonesia daripada pelbagai media...

Peminat Teruja Gandingan Sulung...

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan kedua-dua selebriti terkenal tanah air, Neelofa dan Zul...

Rosmah Hadiri Konsert Tahunan Carlton Pre-School Di Sri Lanka

COLOMBO – Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, menjadi tetamu kehormat sebuah konsert prasekolah di Nelum Pokuna Mahinda Rajapaksa Theatre di sini malam tadi.

Konsert Tahunan Carlton Pre-School 2014 itu turut dihadiri Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa dan Wanita Pertama Shiranthi Rajapaksa, yang juga pengasas, pengarah serta pengetua sekolah berkenaan.

Kira-kira 1,800 kanak-kanak mempersembahkan 22 tarian dan nyanyian, meliputi genre tempatan serta barat, dalam konsert lebih dua jam itu.

Memakai busana beraneka warna, kanak-kanak tadika itu mempamerkan bakat masing-masing dalam nyanyian, lakonan, tarian dan persembahan alat muzik, kepada penonton yang penuh sesak di dalam dewan.

Carlton Pre-School ditubuhkan pada 1986 dan ketika ini mempunyai lapan cawangan terletak di wilayah tengah, selatan dan utara Sri Lanka.

Sekolah yang mempunyai lebih 2,000 pelajar itu turut mengadakan kelas berasingan bagi kanak-kanak autistik, kanak-kanak dengan keperluan khas dan kanak-kanak kelainan upaya.

Dalam ucapannya selepas konsert berakhir, Rosmah memuji kanak-kanak dan guru dari semua cawangan sekolah berkenaan di Sri Lanka kerana komitmen berterusan mereka untuk menyajikan satu persembahan yang hebat.

“Selepas berlatih berbulan-bulan, kerja keras hari ini sememangnya sangat berbaloi. Sebagai ibu bapa, saya pasti kalian semua tentunya berasa bangga dengan anak yang berbakat ini,” katanya.

Rosmah turut berkongsi dengan penonton usaha beliau dalam memulakan Program Permata Negara bagi pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak dengan menawarkan pendekatan alternatif dalam pendidikan serta penjagaan awal bagi kanak – kanak bawah umur empat tahun di Malaysia.


Penaung Permata itu berkata terdapat juga program Permata Seni untuk memupuk bakat kanak-kanak dalam seni persembahan, terutamanya, muzik, koir, dan tarian, di samping terus menggilap serta menyerlahkan bakat mereka.

Rosmah turut memuji Shiranthi Rajapaksa, seorang profesional dalam bidang psikologi kanak-kanak dan pendidikan prasekolah, berikutan kejayaannya meletakkan Carlton Pre-School ke tahap lebih tinggi.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Madam Shiranthi atas usaha berterusan beliau tanpa mengenal jemu dalam menggalakkan pendidikan awal yang mampu diikuti semua dan mempunyai standard yang tinggi di Sri Lanka. Beliau seorang ibu dan pendidik yang menjadi contoh dalam memberi sepenuh komitmen ke arah kebaikan sekolah ini,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluannya, Shiranthi berkongsi pandangan tentang konsert berkenaan, yang pelajarnya, termasuk kanak-kanak dengan keperluan khas, dididik tentang pentingnya komunikasi serta koordinasi bagi memastikan kejayaan persembahan pada malam itu.

“Di Carlton Pre-School, kami sesungguhnya percaya bahawa setiap anak adalah cerminan istimewa keupayaan atau ketidakupayaan. Oleh itu, saya amat berbesar hati apabila menyaksikan kanak-kanak dengan keperluan khas ini membuat persembahan penuh bertenaga dan berkeyakinan. Inilah keunikan sebenar di Carlton Pre-School,” katanya.

Shiranthi berkata guru, terutamanya yang terpaksa mengendalikan beberapa kategori kanak-kanak, mempertingkatkan kemahiran mereka dengan menghadiri kelas dan seminar di samping mengikuti program latihan di luar negara sepanjang tahun.

Selepas konsert itu, Rosmah dan delegasi Malaysia menghadiri majlis jamuan malam di kediaman presiden di sini.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori