Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Amaran Banjir Di Hulu...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran kepada penduduk di...

Nazri Aziz Dilantik Duta...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan...

Jangan Jadi Barua, Khianat...

Port Dickson: Mereka disifatkan pengkhianat negara apabila dikesan aktif membawa masuk Pendatang Asing...

Kejayaan Asyraf Wajdi Tanda...

KEMENANGAN Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO beri isyarat...

RTC Kelantan Catat Nilai Jualan RM265 Juta Sehingga Nov

KOTA BHARU – Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini, mencatat nilai jualan sebanyak RM265 juta tahun ini sehingga November lepas.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Wilayah Timur 1 Mohd Ariffin Awang berkata nilai jualan itu termasuk sumbangan oleh 623 peniaga runcit dan borong melibatkan sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging.

Penganjuran 140 program seperti Karnival RTC Kelantan, Pesta Orkid dan Flora Kelantan 2014, dan Minggu Saham Amanah Malaysia 2014, turut menyumbang kepada nilai jualan tersebut, katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Mohd Ariffin menjangka RTC itu boleh mencapai nilai jualan sehingga RM280 juta pada akhir tahun ini berbanding RM215 juta tahun lepas, berikutan pengunjung yang sentiasa ramai.

Beliau berkata seramai 3.8 juta orang telah berkunjung ke RTC itu tahun ini sehingga bulan lepas berbanding 2.5 juta orang sepanjang tahun lalu.

“Ini menunjukkan masyarakat tempatan dan luar negeri ini memberi sambutan yang baik terhadap kewujudan RTC ini dan mereka suka membeli-belah di sini kerana harga yang ditawarkan berpatutan,” katanya.


Beliau berkata pada tahun depan, beberapa lagi kemudahan asas akan dibina termasuk medan selera.

Beliau berkata pada tahun depan, sebanyak 150 program dirancang dianjurkan oleh pelbagai agensi dan jabatan termasuk enam acara oleh Fama.

Di RTC ini juga orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • RTC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori