Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Malindo Air Mulakan Penerbangan...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air memulakan penerbangan dari Ipoh,...

Sekat Segera Laman Web...

KUALA LUMPUR - Kewujudan sebuah laman web yang mengiklankan perkhidmatan dan jualan barangan,...

Rendang Tok Mak Nik...

IPOH - Nama Rendang Tok Mak Nik sudah tidak asing lagi bagi penggemar...

Staf Air India Lancar...

MUMBAI - Hampir 400 kakitangan Air India melancarkan mogok di terminal Lapangan Terbang...

Rumah Hanyut Ke Jalan Akibat Banjir Di Kelantan

Ketika musim banjir, pelbagai perkara di luar dugaan kadang-kadang boleh berlaku terutama di kawasan kampung atau perumahan yang dinaiki air.

Menurut laporan BERNAMA hari ini, ketiga-tiga negeri di pantai timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir.

Jumlah terbesar direkodkan di Kelantan daripada 8,505 malam tadi kepada 15,624 orang hari ini.

MENARIK – Kanak-Kanak Korban Pertama Banjir, Di Kelantan

Di Pahang jumlah mangsa banjir meningkat daripada 1,038 orang semalam kepada 1,586 hari ini dan di Terengganu, daripada 7,567 orang malam tadi kepada 8,595 pagi ini.

Di Kelantan, seorang pemilik akaun sosial Instagram telah berkongsi gambar sebuah rumah yang hanyut dibawa banjir sehingga ia tersadai di tengah-tengah jalan raya selepas banjir surut.

RumahHanyut_1

Individu pemilik akaun fahmi_idham itu memaklumkan, kejadian berlaku di Kampung Enggong, Sungai Durian di daerah Kuala Krai Kelantan.

Beberapa keping gambar rumah yang sama kemudian turut dikongsikan di laman sosial Facebook menunjukkan penduduk kampung meninjau keadaan rumah itu yang tersadai seperti baru dilanda badai Tsunami.

Selain gambar berkenaan, gambar beberapa buah kereta tenggelam dalam arus banjir yang berlaku di Rantau Panjang turut menarik perhatian.

10849847_10152687042124998_3515340074206931844_n (1)


10404452_10152687028304998_1708045902147034800_n (1)

10382635_10152687028279998_171209949867179457_n (1)

BanjirRantauPanjang

BanjirRantauPanjang-2

Jelas terlihat beberapa buah kereta antaranya Perodua MYVI sudah pun hampir tenggelam dihanyutkan air banjir yang deras.

Diharapkan bencana banjir yang melanda pantai timur hampir setiap kali musim tengkujuh akan berakhir segera dan semua kembali pulih seperti sediakala. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Banjir Di Rantau Panjang 2014

http://youtu.be/YjzZSatmNHQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori