Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Usul Lantik Anggota Parlimen...

KUALA LUMPUR - Wanita PKR akan mengusulkan kepada kerajaan agar wanita dilantik ke...

8 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Lapan lagi kluster baharu Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),...

Elly Mazlein Nafi Bercerai...

PENYANYI dan aktres Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi...

Asean Setuju Pertukaran Maklumat...

KUALA LUMPUR - Asean bersetuju mempertingkatkan penggunaan satelit melalui Pusat Meteorologi Khas Asean...

Rumpai Miang Mexico: Pertanian Terengganu Bertindak

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pertanian Negeri Terengganu mengambil langkah drastik dengan melakukan pemantauan dan pemeriksaan bagi menentukan ‘Rumpai Miang Mexico’ tidak merebak ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Nawi Mohamad berkata arahan telah dikeluarkan kepada semua pegawai pertanian daerah dan negeri untuk melakukan pemantauan.

“Setakat ini kita belum menjumpai rumpai berkenaan (nama saintifik: ‘Parthenium Hysterophorus’) di negeri ini.

“Tindakan drastik ini diambil bagi memastikan tidak ada individu di negeri ini yang terkena rumpai berkenaan.

“Rumpai tersebut mempunyai bahan kimia dan boleh memberi kesan kesihatan seperti alahan dan ruam,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Minggu lalu, beberapa pekerja ladang kelapa sawit di Sidam, Kedah dilaporkan mengalami alahan pada kulit dan gangguan pada sistem pernafasan dipercayai terkena rumpai tersebut.

Rumpai miang Mexico adalah sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia.

Ia dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi, sektor pertanian dan ternakan selain kesihatan manusia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori