Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ziana Failkan Perceraian, Armin...

SUAMI penyanyi, Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri 'melarikan diri' daripada pihak...

3 Pusat Pemindahan Dibuka...

IPOH - Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara dibuka di seluruh Perak berikutan banjir...

Mayat Wanita Ditemukan Di...

LABUAN - Mayat seorang wanita dipercayai dalam lingkungan usia 20 tahun, ditemukan di...

Esszone: Perintah Berkurung Dilanjutkan...

KOTA KINABALU - Tempoh perintah berkurung fasa ke-15 di kawasan perairan Zon Selamat...

Safee Sali Dikritik Muat Naik Status Nada Angkuh Di Instagram

Cerita tentang kemenangan pasukan Harimau Malaya pada perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 masih belum habis diperkatakan.

Ada yang bercerita tentang kebangkitan pasukan Malaysia menebus maruah setelah tewas di tangan Vietnam pada perlawanan pertama di Stadium Shah Alam dan tak kurang juga bercerita tentang kelemahan pasukan lawan yang ‘hilang taring’ di tempat sendiri.

Namun, kini peminat tertumpu pada cerita baharu tentang ‘posting’ di laman sosial yang dibuat salah seorang pemain negara, Safee Sali.

Untitled.jpg1

Melalui akaun Facebook Laman Star, ramai memberikan pendapat, Safee terlalu emosi apabila memuat naik status berbaur sinikal begini setelah Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat final.

Malah, lagi ‘menusuk kalbu’, ada yang berpendapat, Safee tak patut menulis ayat demikian kerana dia tak banyak membantu pasukannya untuk memenangi perlawanan tersebut.


Untitled.jpg1.jpg1

Memang ‘makan dalam’ sunguh hujah-hujah yang diberi oleh para peminat pasukan Harimau Malaya. Tapi fikir-fikir balik, tak salah pun apa yang diluahkan Safee dalam status tersebut bagi meraikan kegembiraannya atas kemenangan pasukan Malaysia.

Mungkin juga ayat yang digunakan Safee dalam status tersebut telah disalah erti oleh sesetengah pihak sehingga ada yang berpendapat ia kelihatan angkuh.

Tak kisahlah, apa-apa pun diharap Harimau Malaya dapat mengulangi kejayaannya pada final Piala AFF Suzuki 2014 bertemu Thailand 17 Disember ini, begitu juga pada perlawanan timbal balik di Shah Alam, Rabu depan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori