Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

BASARNAS Yakin Temui Bangkai...

JAKARTA - Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) nahas AirAsia QZ8501 yang memasuki seminggu,...

Tiga Pelajar Politeknik Lemas...

JELI - Tiga pelajar Politeknik Jeli ditemui lemas ketika mandi di Air Terjun...

Dua Wanita Warga Asing...

KUALA LUMPUR - Dua wanita warga asing hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai...

Limau Mandarin Pakistan Dipasar...

PETALING JAYA - Bagi sambutan Tahun Baru Cina kali ini, peminat limau berpeluang...

Tangani Keganasan Dalam Modul PLKN Disambut Baik

KUALA LUMPUR – Beberapa pihak menyambut baik cadangan untuk menjadikan aspek menangani keganasan dan militan sebagai modul bagi pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan berkata segenap peluang yang ada untuk menyampaikan pengetahuan dan penerangan mengenai ancaman keganasan dan militan kepada golongan muda amat perlu memandangkan kebangkitan fahaman ini sedang mengancam dunia.

“Ia juga perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran di universiti kerana tidak semua remaja akan mengikuti PLKN. Ianya mungkin mengambil masa, namun memasukannya dalam modul PLKN adalah langkah tepat,” katanya.

Semalam Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu kemungkinan modul menangani keganasan dan militan dimasukkan dalam latihan PLKN.

Azmi yang juga Ahli Bersekutu Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Keselamatan Negara berkata kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia juga perlu menubuhkan unit memantau laman sosial kerana golongan pengganas menggunakan laman sosial untuk merekrut remaja.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata PLKN merupakan antara platform terbaik untuk memberi penerangan mengenai ancaman keganasan dan militan kepada golongan muda.

“Ianya boleh dilaksanakan dengan cara memberi penerangan betapa keganasan dan militan mengancam keselamatan negara dan pentingnya mereka (pelatih) menjauhi fahaman dan golongan berkenaan,” katanya.


Seorang bapa Mohd Jeffri Razali berkata langkah memasukan modul tersebut merupakan langkah penting kerana pelatih yang mengikuti PLKN merupakan antara benteng penting negara.

“Pelatih merupakan benteng negara selepas pasukan keselamatan. Adalah amat penting mereka dilengkapi dengan pengetahuan mengenai apa jua ancaman keganasan agar apabila mereka keluar (tamat PLKN) mereka menjadi remaja yang lebih mempunyai jati diri dan tidak mudah terpengaruh,” katanya.

Bagaimanapun katanya kerajaan juga perlu memikirkan cara untuk menyampaikan pengetahuan serta maklumat mengenai ancaman keganasan kepada remaja yang tidak berpeluang menyertai PLKN.

Bekas pelatih PLKN, Siti Mariam Sahat pula berkata modul sedemikian mampu memberi penjelasan lebih jelas kepada remaja tentang keganasan dan aktivitinya daripada membiarkan mereka mendapat maklumat mengenainya melalui laman sosial tanpa sebarang panduan.

“Sebagai bekas pelatih PLKN, saya merasakan modul ini akan menjelaskan kepada remaja yang selama ini mungkin masih kurang jelas tentang apakah sebenarnya yang diperjuangkan sesetengah pihak yang dipanggil mujahid ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLKN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori