Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Kelantan Perketat Kawalan...

KOTA BHARU: Polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan bagi memastikan suspek kes tembakan...

Lelaki Parah, Motosikal Berlanggar...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah...

Hillary Clinton Bakal Jadi...

PANAMA CITY - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata beliau percaya Hillary...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,078 orang...

Sampah Sarap Terapung Di Tasik Ringlet

CAMERON HIGHLANDS – Sampah sarap terkumpul seluas kira-kira separuh padang bola sepak, masih didapati terapung atas permukaan air di Tasik Ringlet.

Ada beberapa tong racun serangga, guni baja dan botol minyak pelincir ditemui dalam timbunan sampah berkenaan, yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab, ke kawasan rizab sungai, dan akhirnya terkumpul di tasik itu.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini pernah dilaporkan sebagai berkata sampah seberat dua tan metrik diangkut keluar dari empangan itu setiap minggu.

Tinjauan Bernama mendapati ketinggian sampah sarap yang terkumpul di sebelah jentera yang sedang melakukan kerja pembersihan dianggarkan setinggi rumah satu tingkat.

Tasik buatan manusia ini, yang menakung air bagi menjana elektrik diempangan itu, kini tidak berada dalam keadaan baik disebabkan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Bahagian Penjanaan Tenaga Nasional Berhad, Azman Talib, kapasiti Tasik Ringlet untuk menakung air, tinggal satu pertiga sahaja kerana daripada kapasiti asal 6.2 juta meter padu, dua pertiga dipenuhi sampah dan enapan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) R. Ramakrishnan, berkata pihaknya melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memberi kesedaran kepada penduduk Cameron Highlands agar tidak membuang sampah ke dalam sungai.

Antara inisiatif yang dilakukan ialah mewujudkan pusat sehenti kitar semula di Cameron Highlands.

“Kami buat program kitar semula di Cameron Highlands, sudah mengeluarkan risalah kepada mereka supaya jangan buang sampah ke dalam sungai, barang barang yang hendak dibuang boleh dikitar semula.

“Malah kalau mereka tidak ada masa, kami siap tawarkan untuk mengambil barang-barang itu di kebun mereka, tapi mereka masih lagi membuang sampah di dalam sungai,” kata Ramakrishnan.


Tok Batin Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata, Kader Ahsan, 43, berkata keadaan Tasik Ringlet jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, amat jauh berbeza.

Katanya pada masa dahulu, air tasik itu jernih, bersih dan selamat, malah Sungai Ringlet boleh dijadikan sumber air minuman bagi penduduk kawasan sekitar.

“Memang jauh berbeza kalau nak bandingkan, sekarang air sungai dan Tasik Ringlet keruh berwarna coklat.

“Dulu tasik itu jernih dan kami pernah memancing di tasik itu, dan banyak ikan boleh dapat, sekarang nak pancing pun takut,” katanya.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini, banjir kilat di Ringlet 5 Nov lepas, merosakkan jalan persekutuan mengakibatkan kerugian RM8 juta.

Itulah harga yang perlu ditanggung rakyat dan negara terhadap tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab, yang turut menggunakan laluan itu untuk mengangkut hasil tanaman mereka.

Pencerobohan tanah di kawasan tanah tinggi itu dilihat punca utama kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands pada November lepas yang mengorbankan lima nyawa dan mengakibatkan kerugian harta benda berjuta ringgit.

Kegiatan haram pencerobohan dan aktiviti penanaman sayur dipercayai turut menyumbang kepada kenapa Tasik Ringlet yang menempatkan Empangan Hidroelektrik Sultan Abu Bakar, yang berusia 50 tahun, ditimbuni sampah sarap. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori