Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Agong Tinjau Lokasi Nahas...

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau...

Jabatan Imigresen Jumpa FAM,...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)...

Bapa Anggota Parlimen Sungai...

SHAH ALAM - Bapa Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi meninggal dunia...

Kedah Dan Selangor Punyai...

SHAH ALAM - Barisan pemain Selangor tidak menghadapi sebarang tekanan tetapi sebaliknya teruja...

Samsung Galaxy S6 Akan Turut Hadir Dengan Variasi “Edge”

Blog rasmi Samsung iaitu Sammobile telah mengesahkan bahawa generasi telefon pintar Galaxy S yang seterusnya akan turut membawakan variasi yang terdapat pada Galaxy Note Edge, iaitu bahagian panel tepi yang melengkung.

Samsung pada pengenalan Galaxy Note 4 yang lepas, telah memperkenalkan Galaxy Note Edge yang mempunyai panel skrin melengkung, sekaligus menjadikan ia salah satu peranti yang diinginkan ramai, tetapi tidak ditawarkan secara menyeluruh oleh Samsung disebabkan oleh kosnya yang tinggi.

samsung-galaxy-s6-edge-malaysia-harga-price-1
Konsep Samsung Galaxy S6 ‘Edge’

Kini, dengan suku pertama 2015 yang hadir, beberapa desas-desus baru kedengaran mengenai keluarga Samsung Galaxy S6.

Samsung sedia dikatakan ingin membangunkan semula telefon pintar keluarga utama mereka daripada asas dibawah Project Zero.

Kini, laporan baru hadir mengatakan Samsung mungkin turut menawarkan variasi Galaxy S6 Edge ketika pengenalannya kelak.

Sekiranya ia mengikuti penawaran Galaxy Note Edge, maka kita akan dapat melihat peranti dengan bahagian tepi yang melengkung, sekaligus memaparkan pelbagai info dan notifikasi melaluinya.

Samsung sedia menawarkan SDK kepada pembangun untuk menggunakannya, dan dengan beberapa pembangun sedia mengintegrasikannya, maka ia tidak mustahil untuk pihak Samsung memperluaskan penggunaannya.


Disamping itu, Samsung juga akhir-akhir ini dilihat agak memfokuskan kepada skrin melengkung, dan mungkin Galaxy S6 Edge akan memudahkan lagi mereka memasarkannya dengan kos yang lebih efektif.

Apa pun, seperti Galaxy Note Edge, pihak Samsung dijangka menawarkan ia dalam kuantiti terhad untuk beberapa pasaran terpilih sahaja.

Galaxy S6 dijangka akan menyertakan skrin dengan paparan Quad HD (2560×1440), cip pemprosesan 64-bit, kamera hadapan 5-megapixel, dan dilengkapi beberapa ciri-ciri baru.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi.

Sumber: SAMMOBILE

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori