Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

3 Strategi Pemberian Vaksin...

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menetapkan pemberian vaksin diberikan mengikut tiga...

Harga Ayam, Minyak Masak...

Pembukaan sektor ekonomi dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mendorong kepada permintaan...

Warga Emas Dikejar, Dipijak...

LELAKI warga emas parah selepas dipercayai dikejar dan dipijak gajah di Kilometer 19...

KDN Tidak Pernah Lantik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi...

Jangan Ditanya Pasal Romie Lagi – Hanez Suraya

SEPERTI kita semua ketahui, rumah tangga Romie yang merupakan bekas kekasih Hanez Suraya sudah pun menemui titik noktahnya apabila disahkan mahkamah syariah, baru-baru ini.

Sebelumnya, Hanez mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan Romie sudah tidak punya apa-apa hubungan lagi namun tak semua orang percaya kerana menganggap pengakuan itu hanya untuk menyelamatkan karier seni yang semakin malap gara-gara kontroversi bercinta dengan suami orang.

Putus Sudah Kasih Sayang.. Hanez Suraya & Romie

Malah, ramai membuat telahan Hanez dan Romie akan kembali bercinta selepas lelaki itu tak lagi terikat dengan bekas isterinya, Nur Liyana Abdul Manan.

Mengulas mengenai perkara itu, Hanez menafikan dia sanggup berbohong demi menyelamatkan kerjayanya.

“Berbohong semata-mata mahu menyelamatkan kerjaya? Dakwaan itu tak masuk akal. Memang saya sayangkan karier yang dibina hampir 10 tahun, tetapi saya tak akan mempermainkan soal hati dan perasaan.

“Kenapa pula saya perlu beri kenyataan (mengenai penceraian Romie dan Liyana), sedangkan antara kami tiada apa-apa hubungan. Untuk apa saya sentuh perkara yang tiada kaitan dengan saya.

“Sudah-sudahlah! Kisah saya dan Romie sudah lama berlalu. Saya tak mahu merosakkan keadaan. Ini kenyataan akhir saya mengenai Romie dan harap tak akan ada lagi mana-mana pihak cuba bertanya atau membangkitkan soal antara kami.


“Tak dinafikan Romie lelaki baik yang pernah hadir dalam hidup saya, tetapi tiada jodoh antara kami,” kata Hanez, sebagai mana disiarkan sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.

Apa pun selepas putus dengan Romie, Hanez dikhabarkan kini menjalin hubungan istimewa dengan seorang juruterbang selepas gambar mereka keluar bersama, tersebar baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

hanez1

hanez2

hanez

https://www.youtube.com/watch?v=ZakOZ8D-Mwc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori