Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

100 Hari: Tumpu Perkukuhkan...

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang di bawah Barisan Nasional akan menjalinkan kerjasama dengan...

Ustaz Dakwa Ezad Lazim...

PELAKON dan penyanyi Ezad Lazim yang kini sedang sakit dilaporkan terpaksa pulang ke...

SPR Adakan Mesyuarat Khas...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai...

Jenazah Bella Selamat Dikebumikan

BATU PAHAT - Jenazah Allahyarham Mila Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella,...

Sazali Samad Dan Lilian Tan Selamat Tiba Di KLIA

Jaguh bina badan negara Sazali Samad yang berjaya meraih kejuaraan ke-10 pada Kejohanan Bina Badan Dunia di Mumbai bagi kategori 75kg selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Kejohanan berkenaan berlangsung di Mumbai, India bermula 5 hingga 10 Disember lepas.

Beliau sebelum ini sejak 2009 meraih gelaran juara dunia selama enam tahun berturut-turut.

MENARIK – Sazali Samad Menang Mr Universe Ke-10, Cipta Rekod Dunia

MENARIK – Malaysia Boleh! Lilian Tan Turut Raih Emas Di WBPF 2014

Sazali mengakui bukan mudah baginya untuk mengekalkan prestasi konsisten, ditambah dengan saingan hebat atlet dari negara lain.

Aksi Sazali Samad di Mumbai, India
Aksi Sazali Samad di Mumbai, India

“Untuk kekalkan gelaran Mr. Universe buat kali ke-10 ini, bukan satu perkara mudah. Saya dah lakukan yang terbaik, bagi saya menang atau kalah adat pertandingan. Memang sejak dari awal tahun, saya sudah sasar untuk menang.

“Berkat usaha dan pengorbanan saya.. perjuangan dalam sukan bina badan ini hampir 27 tahun, saya berjaya capai satu keputusan yang membanggakan,” katanya di KLIA hari ini.

Beliau juga menjalani rawatan susulan yang rapi kerana kecederaan lutut dan bahu demi memastikan kejuaraan kesepuluh satu kenyataan.

Dalam saingan di Mumbai itu, Sazali menerima tentangan sengit dari peserta India dan Iran.


“Peserta dari Iran dan India bagi saya memang merupakan pesaing terbaik.

“Mereka sangat berkualiti, tidak mudah untuk saya tandingi. Dari segi pengadilan juri pula, saya rasa para juri telah memberikan mata yang adil,” katanya.

Ditanya sama ada mahu meneruskan perjuangannya dalam bidang bina badan ke peringkat profesional, Sazali berkata beliau sudah berpuas hati bertanding dalam kategori amatur dan mahu komited bersama keluarga.

Selain Sazali, pemegang gelaran Miss Universe 2014 juga dari Malaysia Lilian Tan, berbangga setelah berjaya meraihnya untuk kali kedua di kejohanan sama.

Sazali Samad dan atlet bina badan wanita negara Lilian Tan bersama pingat kemenangan masing-masing setibanya di KLIA hari ini.
Sazali Samad dan atlet bina badan wanita negara Lilian Tan bersama pingat kemenangan masing-masing di KLIA hari ini.

Kemenangan pertamanya ialah di Bangkok, Thailand dua tahun lepas.

Lilian sudah pun menetapkan tekad untuk memenangi gelaran ketiganya di kejohanan sama pada 2016 di Brazil. – MYNEWSHUB.CC

Video Sazali Samadƃā€šĆ‚Ā 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori